Tuesday, July 23, 2013

Bawal Emas Masak Kari Asam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kari ikan ni saya masak semalam. Sebelum ni tak pernah masak ikan bawal emas ni, biasa masak bawal hitam atau putih je. Pelik juga bila suami beli ikan bawal emas ni sbb tak pernah masak ikan ni sebelum ni. Fikir punya fikir saya pun buat keputusan utk masak kari asam je ikan ni. Tak sangka memang sedaplah, lebih sedap dari ikan bawal hitam dan putih tu. Malam tu pula saya buatlah lempeng pekak utk cicah dngn kuah kari ikan ni. Kenyang taw sampai sahur, masa sahur tu saya sambung makan lagi lempeng dngn kuah kari ni..sedap betul, mcm makan sarapan pagilah pulak. Jomlah semak resepi ringkas ni...alaaaa mcm kari2 biasa je tu, cuma tak letak santan je.



Bahan-Bahan
  • 4 ekor ikan bawal emas sederhana besar- potong 2, cuci dan toskan
  • 2 biji buah tomato- di belah 4
  • 1 tangkai cili hijau-belah 2
  • 1 tangkai cili merah-belah 2
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar kari ikan*
  • 2 sudu besar kari daging*
  • 2 sudu besar cili kisar*( *bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • air secukupnya
  • minyak utk menumis
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • sedikit kunyit
Bahan Tumis
  • 1 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 biji bwng merah di hiris
  • 1 btng kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 btng serai di titik
Cara menyediakannya.
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau sebati. Masukkan rempah kari dan cili kisar yg di bancuh dngn sedikit dan gaul lagi. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau lagi. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan biarkan mendidih. Tambahkan air lagi ikut kepekatan yg di kehendaki. Masukkan garam dan sedikit gula.
  5. Masukkan buah tomato yg di belah 4. Biarkan mendidih lagi.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.

7 comments:

  1. Assalamualaikum....memang nampak sedap kari ni yatie...

    ReplyDelete
  2. kite pun suka bawal emas!
    wat masak 3 rasa pun sodappp

    ReplyDelete
  3. kak yatie.. ikan ni klau bakar pun sedap..

    ReplyDelete
  4. nmpk pekat memikat je kari asam ni, sedap...

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie..
    Saya selalu masak kari mcm ni...tak muak dan tahan lama..

    ReplyDelete
  6. Menariknya warna kari kak yatie tu. mesti rasanya best sbb campur kari daging dan ikan ye kak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails