Wednesday, June 22, 2011

Mee Goreng Tauhu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya masak mee goreng tauhu utk minum petang. Sebenarnya nak goreng mee ni pagi tadi, tapi tak sempat. Maklumlah bila anak2 sekolah ni, bf kena yg ringkas2 je tetapi mengenyangkan. Kalau makan pedas pagi2 ni mmng tak berapa layan, maklumlah takut asyik nak ke bilik termenung je nanti. Projek goreng mee terpaksalah di tunda hingga ke petang.

Mee goreng ni macam mee goreng yg biasa je, tapi saya ikut style mak saya masak mee iaitu dngn menhancurkan tauhu dan campurkan je kedlm mee goreng. Suka tngk mee bersalut tauhu hancur tu seolah2 bersalut telur padahal tak letak telur pun. Kalau nak letak pun boleh sebenarnya. Rasanya jngn ceritalah...mmng sedap. Kalau resepi dari mak2 kita ni mmng sedap dan menyelerakan je. Kalau tak caya..cubalah sendiri. Jom kita semak bahan2nya.



Bahan-bahan
  • 1 bungkus mee kuning (1 kg)- cuci dan toskan
  • 1 cwn udang basah
  • 1 cwn fish ball/fish cake
  • 2 keping tauhu- di hancurkan
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 biji tomato belah 6
  • taugeh dan sawi secukupnya
  • garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis
Bahan di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar udang kering-rendam dan toskan
Cara-cara
  1. Bersihkan udang basah, cuci dan toskan. Campurkan sedikit garam dan goreng. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga halus.
  3. Panaskan minyak & tumis bahan2 yg di kisar tadi hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan goreng lagi.
  4. Bila cili dah masak, masukkan tauhu yg telah di hancurkan dan gaul sebati.
  5. masukkan sos tiram,sos cili, sos tomato dan kicap. Tambah garam dan gula jika perlu.
  6. Masukkan mee & gaul rata,masukkan sawi dan tomato, biarkan dalam 5 minit. Masukkan taugeh dan gaulkan biar rata.
  7. Bila rasa dah ok, matikan api dan bolehlah di hidangkan bersama hirisan timun dan hirisan limau kasturi. Hidangkan bersama udang goreng.

11 comments:

  1. Eh..sedap pulak nampak..nak kena try nih

    ReplyDelete
  2. asmlkm,kak..bawang puteh tu kalu kakak "lenyek' dengan pisau lagi umm..sebab bau bawang tu akan naik..kalu kisar..kureng..hehe

    ReplyDelete
  3. salam singgah dari blog abg ben!
    meriahnya dengan udang yg besar2...suka!

    ReplyDelete
  4. ya ALLAH..masuk memalam ade udang besooooo la plaaa...lapooonye..mmg sedap la tu yatie,..tambah cili jeruk ke atau perahan asam limau...mmmg 'banggkit' sungguh..

    ReplyDelete
  5. Tgk udang pn dh selera...semalam br beli udang kat pasar selayang..haish..lapaq plak sambal udang petai..!

    ReplyDelete
  6. sedapnya... belum rasa lagi dah sedap.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum Yati

    Udang dok bertenggek atas mee tu yg mengoda.suka tauhu letak dlm mee.

    ReplyDelete
  8. Kak.. Sedapnya nampsk mee akak tergolek2 udang.. Nak sepinggan kak

    ReplyDelete
  9. Besarnya udang :)sedap je tgk mee tu :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Yatie cayang...mintak mee sepinggan, lapor laa...x makan lg tghri ni...udang lebihhh taaauuu.. ^__^

    ReplyDelete
  11. akak..ni mas bawa ciki jeruk..
    makan ngan mee tu...
    sedapp bangat....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails