Friday, December 7, 2012

Talam Lapis Cendol

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama saya tak buat kuih talam, terasa rindulah pulak. Semalam petang merajinkan diri gara2 dah teringin sangat nak makan kuih2 kukus ni. Kebetulan ada cendol kat petiais, jadi saya buatlah talam lapis cendol. Resepi asal adalah Talam Cendol dari Chef Asma, gara2 nak makan kuih lapis dan kuih talam jadilah kuih talam lapis cendol...mudahkan. Pada peminat kuih2 talam tu, bolehlah mencubanya..mmng sedap sangat. Terasa lemak manisnya...perghhhhh...Jom semak resepinya.





Lapisan Tengah
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Ketepikan dulu.
Lapisan Atas dan Bawah
Bahan A
  • 200 gm gula merah 
  • 100 gm gula melaka
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah, disimpulkan
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Tapiskan.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B, tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Bahagikan pada 2 bahagian utk lapisan atas dan bawah.
Cara Melapis Kuih.
  1. Didihkan air di kukusan. Sapukan loyang 10x10x2 inci dngn sedikit minyak dan lapikkan dngn plastik.
  2. Tuang adunan bawah dan kukus selama 15 minit.
  3. Setelah siap, cakar2kan dngn garfu permukaannya dan tuang adunan cendol dan ratakan.
  4. Sebelum tuang, pastikan tiada air di permukaan kuih. Sekiranya ada, sendengkan loyang dan lapkan guna kitchen towel barulah tuang adunan dan kukus selama 15 minit lagi.
  5. Setelah siap, tuangkan adunan atas dan kukus lagi selama 20 minit. Sebelum tu kelar2kan sikit permukaan kuih dan pastikan tiada air di permukaannya.
  6. Setelah siap, angkat dan sejukkan. Bila dah betul2 sejuk, barulah potong gunakan pisau plastik.

8 comments:

  1. Assalamualaikum kakyati.. sedapnyeee talam cendol camni.. atas dan bawahnya manis.. cam terasa lemak kuih talam cendol tu masuk ke tekak ni.. atie x penah buat tapi penah rasa, jiran bagi.. nanti nak cuba lah.. nanti izinkan saya copy resepinya yer kak.. tq

    ReplyDelete
  2. salam Yatie..
    Alahaiii.. lamanya tak menalam.. bila nampak talam yatie ni terasa nak makan talam lah pulak!

    Bilalah nak rajin ni.. aduyaii

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Kak Tie..
    Canteknya kueh Talam cendol..mmg nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya... Tie, nang enggonku orak ngadol cendol koyon enggonne kito nang kono...

    ReplyDelete
  5. sedapnye...saya tk pndai buat kuih tp tringin nk cuba. rajin yatie memasak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails