Lapisan Tengah
Bahan A
- 200 gm tepung beras*
- 250 ml santan pekat*
- 450 ml air*
- 1 s/b tepung jagung*
- 150 gm gula caster
- 1 s/k garam
- 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
- Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
- Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Ketepikan dulu.
Bahan A
- 200 gm gula merah
- 100 gm gula melaka
- 50 gm gula castor
- 500 ml air
- 2 helai daun pandan-saya tambah, disimpulkan
- 150 gm tepung gandum
- 1 s/b tpng jagung-saya tambah
- 3 biji telur
- 250 ml santan pekat
- 1/2 s/k garam
- Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Tapiskan.
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
- Masukkan bahan A kedalam B, tapis dan masukkan kedalam periuk
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
- Bahagikan pada 2 bahagian utk lapisan atas dan bawah.
- Didihkan air di kukusan. Sapukan loyang 10x10x2 inci dngn sedikit minyak dan lapikkan dngn plastik.
- Tuang adunan bawah dan kukus selama 15 minit.
- Setelah siap, cakar2kan dngn garfu permukaannya dan tuang adunan cendol dan ratakan.
- Sebelum tuang, pastikan tiada air di permukaan kuih. Sekiranya ada, sendengkan loyang dan lapkan guna kitchen towel barulah tuang adunan dan kukus selama 15 minit lagi.
- Setelah siap, tuangkan adunan atas dan kukus lagi selama 20 minit. Sebelum tu kelar2kan sikit permukaan kuih dan pastikan tiada air di permukaannya.
- Setelah siap, angkat dan sejukkan. Bila dah betul2 sejuk, barulah potong gunakan pisau plastik.
Assalamualaikum kakyati.. sedapnyeee talam cendol camni.. atas dan bawahnya manis.. cam terasa lemak kuih talam cendol tu masuk ke tekak ni.. atie x penah buat tapi penah rasa, jiran bagi.. nanti nak cuba lah.. nanti izinkan saya copy resepinya yer kak.. tq
ReplyDeletesedap nyer...
ReplyDeletesalam Yatie..
ReplyDeleteAlahaiii.. lamanya tak menalam.. bila nampak talam yatie ni terasa nak makan talam lah pulak!
Bilalah nak rajin ni.. aduyaii
Assalammualaikum Kak Tie..
ReplyDeleteCanteknya kueh Talam cendol..mmg nampak menyelerakan..
kreatif..
ReplyDeleteCantiknya... Tie, nang enggonku orak ngadol cendol koyon enggonne kito nang kono...
ReplyDeletemmg rajin dan kretiflah yatie..
ReplyDeletesedapnye...saya tk pndai buat kuih tp tringin nk cuba. rajin yatie memasak
ReplyDelete