Monday, January 30, 2012

Ikan Siakap Sos Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang lauk semalam. Walau semalam tapi masih teringat2 lagi kesedapannya. Ikut resepi asal menggunakan ikan talapia, tapi saya guna ikan siakap. Saya masak 2 ekor sederhana besar dan gandakanlah bahan2 rencahnya. Terima kasih pada Kak Ummi berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya...mmng sedap betullah kak, lenkali nak tukar pada telur atau ayam pulak, bolehkan...suka rasa kuah sos hitam mcm ni...


Bahan-Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor tilapia sederhana besar - Yatie guna ikan siakap, cuci, tos dan kelar2.
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 cm halia - dicincang
  • 2 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu teh cuka makan
  • sedikit air (+- 1/3 cawan)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 biji cili benggala merah - potong dadu
  • 1/3 biji cili benggala kuning - potong dadu
  • 1/2 biji lobak merah - hiris bulat
  • daun bawang untuk hiasan
Cara Memasak:-
  1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak yg banyak dan goreng terendam hingga garing. Angkat dan letakkan ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan kacau masak hingga naik minyak sikit.
  4. Masukkan kesemua jenis sos, cuka dan sedikit air. Masak biar mendidih.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak biar kuah pekat sedikit.
  6. Akhir sekali masukkan kesemua sayur dan masak sebentar (jangan biar sayur terlalu layu).
  7. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tuangkan ke atas ikan tilapia tadi rata-rata. (boleh jugak masukkan sekejap ikan ke dalam kuali dan gaul sebentar). Hidangkan dengan hiasan daun bawang. Selamat mencuba....!!

27 comments:

  1. waa...sedapnya ada pedas dan manis.

    ReplyDelete
  2. Asmkm kak Yatie. . Jamu mata ja la ya. Kompem dah habis kan. Heeeee. . .sy sgt suka mkn ikan. Klu ada menu mcm ni. . Takut tak sedo ja dah menambah2 byk kali. . Huhuhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam, samalah selera kita, akak pun suka lauk ikan dari ayam...cubalah, mudah je..yg sedap lagi ratah2 tepi ikan tu...

      Delete
  3. Assalam Yatie cayanggg...dah lega dah ke hari ni...hehheee, akak kan, tadi nampak bingka pisang kat FB, masuk sini tengok dah update ikan sos hitam pulak...hehheee... Ingat nak mintak bingka tu, dah lama x buat...tp best laaa bingka tu..kena buat lgk... Ikan ni, ada lg ke xdaa...nak sekerat wat lunch eh Yatie... Thanks kerana sudi mencuba ya cayanggg... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam K.Ummi cayanggg...mmng lega kak, malas nak fikir perkara remeh temehlah...bingka tu mmng sedap kak..ikan ni lagi sedap tau.yatie mmng resepi yg mudah tapi sedap mcm ni..wat teringat2 nak buat lagi je..tq ya..

      Delete
  4. kak yatie...
    rasanya anak2 mas suka klu masak lauk gini..
    boleh try la nanti...
    sedappppnya tengok ikan akak tu..
    menggoda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti suka punyer Mas...cubalah mmng sedap hingga menjilat jari...

      Delete
  5. kak yatie//rindu saya tak? hehe..lapar nasik tgk ikan akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. winduuuuu sangat2, cuma sama2 busy tu yg tak bertegur sape..meh akak bagi rasa sikit ikan ni..kalau sedap wat sendiri ya..he3..

      Delete
  6. Terliur bila tengok siakap hitam legam ni. Lama dah tak beli ikan yang enak ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah3..klakorlah Kak Sam ni hitam legam lagi..hitam2 tu yg sedap tawww...cepat2lah beli ikan yg enak ni....

      Delete
  7. salam kak yati...nmpk menyelerakan betul ikan tu, walaupun hitam tp tetap menggoda....auwwwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam Liza, tulahhhh walau hitam tapi buat satu family akak tertawan taww..sedap sangat..cubalah..

      Delete
  8. kak...
    peberat ayu nie kalau masak hitam2..
    hahahhahaha....

    nak buat gaklah..
    nak cari ikan yang gemok2 sikit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hitam2 ni bestkan Ayu..mmng sedap resepi kak ummi ni, cubalah..klakorlah bila Ayu cakap ikan gemok2 tu..tergelak akak di buatnya..

      Delete
  9. wah.. tengok ikan yati terasa lapar la pula.kebetulan belum makan lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiiiii ciannya Kak, meh yatie bagi rasa ikan ni sikit...

      Delete
  10. kak, boleh cuba ni. fai pun tengah pening kepala tak tau nk masak apa... selalu beli ikan masak bnda yg sam jer; goreng - masak sambal... thanks kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2, cubalah Fai..mmng mudah dan sedap ikan masak mcm ni..guna ikan lain pun boleh..

      Delete
  11. salam kak yatie..nmpak sedap ikan siakap ni:)...lapar pulak rasa..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkmsalam Noorsha, mmng sedap..cubalah baru tau rasanya...mesti nak buat lagi dan lagi..he3..

      Delete
  12. WoW!...nampak sedap dan menyelerakan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq cik cek, mmng sedap..cubalah....tak rugi punyerrr..

      Delete
  13. Salam kak..malam semalam baru jengah blog Kak Ummi nengok resepi ni..nampaknya akak lg pantas..bertambah terliur nampak gayanya..

    ReplyDelete
  14. wkmsalam Rohah, tulahhhhh..akak dah tak sabar nak merasa tu yg buat cepat tu..mmng sedap sangat..kalau teringin tu, bolehlah cuba..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails