Monday, January 9, 2012

Ikan Kukus Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Ikan kukus serai ni menu semalam. Menu ni ringkas penyediaannya tapi sungguh menyelerakan dan pastinya sedap sangat. Terasa sihat je makan lauk kukus2 ni. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya...mmng berbaloi, lepas ni tak payah lagi makan kat luar bila teringin makan ikan kukus serai...anda pasti boleh menyediakannya sendiri....dijamin sedap dan tiada tandingannya...he3..


Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar]
Bahan Hiris
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • 5 tangkai cili api
  • sedikit garam [jika perlu]
  • 1 s/b sos nampla [sos ikan]
Hiasan
  • daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
  • hirisan carrot
  • jus limau kasturi
Cara:
  1. Sediakan bekas utk mengukus.
  2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas].
  3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
  4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
  5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
  6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
  7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau.
  8. Hidangkan dengan nasi putih

12 comments:

  1. kak yatiiiiii....
    rindu sangat kat akak...
    wahhhhhh...terliur la tengok ikan siakap tu....
    ratahhh gitu pun sodapp tu...

    ReplyDelete
  2. Assalam Yatie cayang...sedap ikan ni nampaknya...akak rasa mcm dah penah buat laa..tp x ingat, apa kata Yatie hantar kat akak sekerat ikan tuh...ada lg tak tu..hehe

    ReplyDelete
  3. kak yatieee...
    bz ker tu.. ke jadi jaga tercegat depan gate.. takut ada org parking haromm depan gate. hehe.. guwau tau kak yatie..

    lamaaa dah tak makan ikan beso beso gini. skrg jarang masak nasi... makan simple2 jek. bila bos besar tak mo makan nasi mati akal jugak nak masak apa. huhu

    ReplyDelete
  4. err...seganlah nk tatap menu sihat tu lama-lama...tapi kecur air liur saya kak..part hisap2 tang tulang n kepala tu yg plg syiokkk...

    ReplyDelete
  5. sis, nmpk sedap....

    sememangnya sedap hehe...saya sll buat masak stim ikan siakap ni...kadang2 2 smpi 2 ekor skali...ratah panas2...besttt....

    kak, nak mintak resepi leh x??
    saya xpandai ngat bab2 masak ni..cuma kdg2 wat m'jadi gak hehe...
    simple jer...nak mintak resepi kuah kacang (yg mkn dgn nasi impit) ngan kuih bakar tu...leh share x?? hehe

    ReplyDelete
  6. salam Yatie....
    saya suka tgk resepi kt blog nie....lg2 kalau yg jenis2 talam tu.....mmg teringin nk buat suatu hari nanti...apa2 pun ikan kukus nie nampak enak....

    ReplyDelete
  7. salam yatie...Liza suka ikan2 yg stim cmni, tp hubby xsuka...susah betul la...hihihih

    ReplyDelete
  8. assalam kak Yatie, my fav ni kak kalau dapat mkn ikan msk gini memang saya ratah jer..sedap ni:)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Yati
    Selamat tahun baru 2012

    *Yati mmg suka masak stim2 mcm ni kan? bagus untuk kesihatan, mcm ni Kak Lin kena ubah ikut menu sihat mcm masakan Yati..sedapnya!

    ReplyDelete
  10. ikan kukus serai nie nampak sedap ler akak yatie... diana perna makan ikan kukus serai tp bukan diana yg masak.. makan kat umah aunty dulu.. mmg sedaaap!! lain kali bole cuba ikut resipi nie.. terima kasih akak.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails