Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR pada puteri kesayangan saya Seri Izati binti Mohd Khata juga pada rakan2 seperjuangannya. Semoga anak2 semua di berikan ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan, di berikan kesihatan yg baik sepanjang peperiksaan, di permudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dengan kehendak soalan serta berjaya dengan cemerlang. Aminn..ya rabbal aalaminnn...
Buatlah yg terbaik, moga usahamu selama ini di berkati dan mendapat keredhaan Allah swt. Jangan lupa tawakkal pada Allah setelah selesai semuanya. Mama dan abah sentiasa mendoakan yg terbaik buat anakku Seri Izati Mohd Khata juga rakan2 seperjuanganmu.
Di sini saya ingin kongsikan bersama Amalan2 yg baik yg boleh di amalkan sepanjang anak2 menduduki peperiksaan supaya dlm keadaan tenang. Sekurang2nya kita berusaha supaya anak dan ibubapa sama2 berasa tenang sepanjang peperiksaan di jalankan.
Sumber ini saya peroleh daripada SINI
Assalamualaikum,
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR/PMR dan SPM tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.
Salam kak yatie...selamat menduduki PMR kpd Seri Izati. Moga berjaya dgn cemerlang...
ReplyDeleteAssalam kak Yatie, amin...semoga segala doa drp akak dimakbulkan Allah dan semoga Seri Izati dan semua calon berjaya dgn cemerlang nanti..insyaAllah..:)
ReplyDeleteteringat juga pada anak buah yg nak exam PMR esok..harap semua berjaya dgn cemerlang nanti.
Salam kak yatie,
ReplyDeletesaya doakan anak kak Yatie berjaya dengan cemerlang berkat doa ibu dan ayah... =)
semoga anak2 kita sama2 berjaya dengan cemerlang ye yatie...
ReplyDeleteterima kasih atas tip yg sangat berguna tu..
sampaikan salam ita pada Seri dan katakan padanya Good Luck! buat yg terbaik untuk ibu dan ayah juga untuk seri!
Salam yatie;
ReplyDeletekalau untuk ibu bapa bekerja pula macamana ye? ke boleh buat malam sebelumnya....
semoga Seri Izati dapat menjawap soalan dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang ye.......
Ass-salam dear sis yatie.
ReplyDeleteThank you for sharing...
InsyaAllah ...will extend the sharing!
Jazakallah.
Selamat menduduki PMR buat anakanda Sri Izzati mohd Khata.
ReplyDeleteSemuga berjaya dengan cemerlang dan membanggakan ibu ayah.InsyaAllah.
Amin..semoga anak2 kita semua mendapat ketenangan untuk menjawab dan beroleh kejayaan..
ReplyDeleteSalam Kak Yatie...
ReplyDeleteSaya rasa suke baca blog akak...
Saya pun ada anak...tapi baru 8 bulan...
usia saya baru 26 tahun...
insyaALLAH...bila sampai masanya, saya akan gunakan ilmu yg diperolehi nie...
SHAHIRA