Thursday, October 13, 2011

Siakap Sweet Sour

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak ikan Siakap Sweet Sour yg mudah dan pastinya sedap. Kalau ikan siakap mmng masak macam ni je yg laku kat rumah ni. Kali ni saya ikut resepi dari Kak Liza yg sememangnya mudah dan rasanya bolehlah anak bujang saya di perantauan tu memasak ikut resepi ni. Saya akan masak resepi yg simple je supaya anak saya ataupun kawan2 seangkatan dengannya belajar masak yg mudah2. Biasalah bila berada di perantauan tu, terasa macam2 nak makan mcm kat Msia...jadi terpaksalah masak sendiri. Terima kasih pada K.Liza kerana berkongsi resepi yg mudah ni, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada adik2 yg baru nak belajar masak tu, bolehlah cuba resepi yg mudah ni. Terpulanglah nak guna ikan apa ya. Jom kita semak resepinya.



SIAKAP SWEET_SOUR

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
  • garam dan kunyit
  • sedikit tepung jagung- utk melumur ikan, ni Yatie tambah
Bahan untuk sos:
  • 4 ulas bawang merah (dimayang)
  • 1 labu bawang besar (di mayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris halus)
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 biji cili merah (dipotong nipis)
  • 6 tangkai cili padi merah ( di potong2 kecik,Yatie tambah sbb suka pedas sikit)
  • 1/2 cawan air.
  • 1 biji tomato (belah 6)
  • 1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak utk mengoreng ikan dan menumis
Cara- Cara
  1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Yatie lumur sedikit tepung jagung keseluruhan ikan. Gorengkan sehingga masak/ garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat, toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
  4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
  5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
  6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan

16 comments:

  1. nyum2..sedap tu kak yati.mkn ngan ulam pun dah ok kan?nasi mesti panas!

    ReplyDelete
  2. sedapnyer.. nanti boleh cua resepi ni..

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie,meleleh air liur tengok ikan yang sedap.Kak ros kalau ikan siakap memang boleh hadap sorang2 dari kepala sampai ekor.Licin....

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum kak yatie..
    Kakkkk...terliur Naz tgk ikan akak yg dibalut dgn kuah dan didampingi dgn buah2 tomato tu... suka tomato...

    ReplyDelete
  5. aduh kak...saya ni dok terbayang2 nak makan sweet sour...meleleh dah tgk akak punya ni

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..bnyk betul cerita yg akak dh ketinggalan. Tentu Yatie selalu terkenangkan anak bujang di perantauan. Nanti kalau anak tak tau resepi senang je kan, bukak je blog emaknya ni, complete semua ada...
    Ikan siakap mmg paling sedap dimasak style ni kan!! Terliur sudah.. :)

    ReplyDelete
  7. Aslmkum Yati..

    Ikan siakap mmg sedap masak sweet and sour gini...

    ReplyDelete
  8. lama da tak beli siakap. sedap nyer buat masak gini..

    ReplyDelete
  9. Amboiii Yatie cayang oiiii, makan siakap sorang2, x pgil akak pun tenghari td eks...terliuuuqqq habis tgk nih..nampak cukup sedap...lama gak x wat sweet sour ni.. :)) Happy weekend Yatie, muaahh!

    ReplyDelete
  10. Salam Yatie..
    itu dia siakap dah bermandikan dgn kuah sweet & sour..lama betul tak msk sweet sour :P yum3x kecur mama melihat nyer :P

    ReplyDelete
  11. nampak menyelerakan lah ikan ni kak..sedapnya!..maunya bertambah nasi ni..hehe

    ReplyDelete
  12. sedapnya..ingatkan bahan-bahan nak buat tue susah, rupanya senang ajer..lepas nie boleh la buat sendiri tak yah order kedai lagi..hehhee

    ReplyDelete
  13. sy dh cuba kak..thanx for that recipe..mang best..cik hubby siap puji lg..

    ReplyDelete
  14. its simple yet yummylicious! Hubby tersangattttt selera! habis my pipi comot dgn lauk ni.. hehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails