Sunday, October 9, 2011

Sambal Kerang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari minggu ni saya tak kemana2 sebab lebih suka beristirehat bersama keluarga di rumah. Lebih2 lagi cuaca yg mendung dan suram ni..nak pergi jalan2 pun malas. Lebih baik duk rumah je. Hari ni saya masak sambal kerang kegemaran kami sekeluarga. Hari ni anak2 ada kat rumah, jadi adalah yg tukang kopek kerang tu...kalau tak, maunya jenuh kena kopek sendiri. Alang2 dah masak sambal kerang, saya pun masaklah nasi lemak sekali dan di makan bersama ayam goreng kunyit. Ini bukanlah menu sarapan pagi ya, tapi menu lunch kami merangkap dinner sekali. Anak2 bukan main suka lagi kalau nasi lemak, di tambah lagi ada ayam goreng...fuhhhhh... mmng laris betul. Oklah jom kita semak respi sambal kerang yg sempoi ni...kalau teringin tu bolehlah mencubanya..



Bahan-Bahan
  • 2 kg kerang (cuci bersih, rebus dan ambil isinya saja...dpt dlm 2 cawan/1 mangkuk sedang)
  • 11/2 cwn cili kisar* -(30 tangkai cili kering, rebus/rendam dngn air panas)
  • 1 labu bawang besar*
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan*(*bahan2 di kisar)
  • 1 biji bawang besar- di hiris2
  • 1/2 cwn air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cwn minyak masak utk menumis
Cara-Cara
  1. Kisar bahan yg bertanda *.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di hiris sebentar je.
  3. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan air asam jawa,garam dan gula. Kacau sebati.( Gunakan api sederhana je)
  5. Akhir skali masukkan kerang dan kacau sebati.
  6. Perasakan, sekiranya rasa dah ok, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

13 comments:

  1. salam,

    wahh..lengkap ns lemak ni...penuh satu penggan :)

    ReplyDelete
  2. fuhhhh...sedapnya...mintak sepinggan, kita tukar dgn kek pisang.. nak?hihihi

    ReplyDelete
  3. As salam,
    Tgk menu kat atas ni terus rasa lapar...

    ReplyDelete
  4. sedapnye mkn ngan nasi lemak kak yati..

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak..tgk sambal kerang tu menyelerakan..lapar pulak rasanya..hehhe

    ReplyDelete
  6. Nasi Lemak ...Sambal Kerang...emmmm...confirm sedappp...:D

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak..
    Ya Allah... mengodanya set nasi tu akak.. menyelerakan sungguh... kerang lg ler... fav diana tu.. sedapnya tgk... terliur sudah..

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum kak Yatie..
    Hiihiii..baru jer beberapa hari lepas makan nasi lemak. Nengok lak nasi lemak akak dgn sambal kerang.. Nak sambal kerang tu semangkuk besar boleh? best sbb nampak pekat..

    ReplyDelete
  9. adusss my fav sambal kerang ni kak..sedapnya! sini susah jumpa kerang la.

    ReplyDelete
  10. perhhhh...sambal kerang....
    sedapnya..
    lama dah mas tak buat samval kerang...
    nak cari kerang laaaa....
    makan lak ngan nasi lemak....
    sedappppp tuuu...

    ReplyDelete
  11. ya Allah.. sedapnyer sambal kerang.. huhuhu..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails