Saturday, October 1, 2011

Lempeng Bawang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 ni layan lempeng bawang dan di makan bersama kari daging kerisik kat bawah tu. Ingatkan nak buat lempeng ni pagi tadi, tapi banyak sangat urusan so bf roti cicah air jelah. Semalam saya masak kari daging tu 2kg, jadi mmng banyak lagilah..saje masak banyak sbb nak di pelbagaikan menu masakan bersamanya. Petang ni tayang dulu lempeng bawang dan malam nanti baru tayang roti arab pulak...hehehe..

Sebenarnya terliur tengok lempeng bawang yg di buat oleh Mat Gebu tempohari. Jeles betul tngk lempeng Mat Gebu yg CUN tuuu...Tak padan lelaki, hasil sentuhan air tangan Mat mmng menarik dan mengoda sekali. Saya pun sedaya upayalah buat lempeng bawang yg seCUN mcm Mat punyer. Kalau Mat tengok ni, rasa2 ok tak lempeng akak ni????. Kalau tak silap, Sheila juga ada buat lempeng bawang ni. Biasalah makan dngn kari daging kari ayam mmng sedap sangat. Ada juga yg makan dngn sambal sardin. Apa pun mmng bestlah sesekali layan lempeng ni.

Terima kasih pada Mama Fami yg memberi idea utk buat lempeng bawang ni. Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah cuba resepi yg mudah ni...




BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 1/2 cawan air (ikut pekat)
  • 2 camca besar minyak masak
  • 5 pokok kuchai, hiris halus
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • 1/2 camca teh baking powder
  • Sambal tumis untuk dicicah
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis dan air, gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stik pan, lenser dengan sedikit dengan minyak masak. Bila panas, tuang 1 senduk adunan tadi, kita kurang tambah sedikit lagi. Ratakan dan masak hingga permukaannya kelihatan pucat.
  3. Terbalikkan dan masak hingga lempeng kelihatan sedikit garing. Angkat dan buat kaedah sama dengan baki adunan hingga siap. Hidangkan dengan sambal tumis sebagai sarapan pagi.

11 comments:

  1. Yatie,cantik pulak jadinya lempeng tu...Ermm memang kena lah bila di cicah dgn kari....

    ReplyDelete
  2. cantikkk la lempeng mawang akak tu...
    memang kene maksn ngan kari daging kerisik tu..
    sedapppnya..

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie wahhh menarik lempeng yati yeee saya buat kemarin mmg sesuai mkn same kari..atau sambal tumis...senangkan klau org datang sajikan manu ni pun ok

    ReplyDelete
  4. Belum makan lagi dah terasa lazatnya.Kena try ni.

    ReplyDelete
  5. SALAM kak yatie.... dah tergoda dek lempeng bawang .. dah lama tak merasa lempeng ni ... nanti nak buatlah .. ada kelainan sikit ;)

    ReplyDelete
  6. sedapnya lempeng kak...lama tak mkn..memang best pekena ngan kari tu.

    ReplyDelete
  7. macam best jer...lama tak makan lempeng.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum akak...
    rindunya nak makan lempeng ginie.. siap ada kari yer tu akak... terliur tgk...

    ReplyDelete
  9. salam kak yatie....Lempeng,org Kedah panggil Peknga

    ReplyDelete
  10. Penangan entri CMG.. Mana2 gi nampak menu best ni.. Mesti sedapkan..

    ReplyDelete
  11. Aslmkum Yatie & slmt berhujung minggu

    Mmg sesuai sgt lempeng cicah dg kari...sedappp.dah lama tak mkn lempeng...nak kena buat juga..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails