Ok, pagi ni saya nak kongsikan bersama resepi roti yg saya buat malam tadi. Resepi kali saya ambil dari K.Fida @myresepi.com. Resepi roti ni mudah dan boleh di pelbagaikan mengikut citarasa masing2 ya. Kali ni saya buat roti silang inti sosej. Anak2 mmng suka roti yg ada sosej ni. Macam biasalah, tak sabar nak bawa bekal kesekolah. Bolehlah anak2 makan bersama kawan2nya. Terima kasih pada K.Fida kerana berkongsi resepi roti yg mudah ni, izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Pada kawan2 yg masih tercari2 resepi roti yg mudah tu, bolehlah cuba resepi ni. Jom semak bahan2 yg di perlukan. Boleh juga lihat roti silang yang saya buat sebelun ni DI SINI.
Bahan-bahan ( tergantung size doh yg dibentuk )
- 600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
- 120 g gula halus (1/2 cawan rata)
- 1 sk rata garam
- 2 sb susu tepung (opt)
- 1/4 sudu kecil bread improver/softener (Yatie tambah)
- 5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
- 1 biji telur
- 250 ml air
- 60 g mentega - lembut (2 sb penuh)
- Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
- Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
- Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.Atau timbang 50g setiap satu.Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
- Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
- Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
- Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
- Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.
Hai Yatie, dlm byk2 Menu kan, Roti yg saya paling tak pernah buat lagi. Tp bila tgk roti yatie ni, macam teringinnnn jer. Tp teringin nak makan yg "Made by Yatie". Hihi.
ReplyDeletecunnyer... meh nak bawak balik seketul :)
ReplyDeletealhamdulillah.. semua dah settle ya.. :lepas ni kena pelan2 letak balik link kat bloglist tu :)
Assalam Yatie...cantiknya roti, teruja akak....macam teringin nak meroti lah pulak...
ReplyDeleteYatieeee.....
ReplyDeleteCantiknya hasil kejadian roti ni...nak ngendeng setul ngan yatie bolehhh....kenyang ni kalau dapat makan...ada 2 biji sausage lagi dalam roti tu...emmmm...sedapnya...:D
kat rumah saya ada oven sebaguna untuk buat roti tapi tak pernah cuba...sebiji nampak macam yang dijual di kedai gitu..
ReplyDeletesalam yati..cantik yati silang roti tu..mst anak2 pun suka kan..
ReplyDeleteassalamualaikum yatie.
ReplyDeleteakk selalu masuk blog yatie ni tp hari ni baru sempat nak komen. sejak anak2 dah abis peksa ni laptop n komputer diaorg yg byk guna. guna hp ni payah sikitlah. hehehe.
lama dah akk tak meroti yatie. cantik n kemas roti yg yatie buat ni. mcm teringin nak cuba tp entah bila. insyaAllah nak buat gak.:)
Teringin nak rasa roti silang tu... pos lah sini sikit... terlior laaa
ReplyDeletesalam yatie..cantiknya yatie meroti..kemas jer silangnya.Atie xpernah meroti lagi...nanti la kot2 angin "R" mai..blh la mencubanya.Ambik seketul roti kat sini dulu yer :D
ReplyDeleteKemas dan cantik roti silang Yatie.
ReplyDeleteAssalam yatie..cantiknya silang dia..tapi ta paham jugak camana nak silangkan tu..
ReplyDeletepandai yati buat.
Salam yati,,rajin meroti ye..nak buat juga ni..tp sosej x ada rasanya gantikan sama coklat....cantik jalinan tu
ReplyDeleteSalam kak.. cantik kak roti akak kemas je.. ita pun suka buat roti ni tambah nak bawa jalan2 sebab sedap dan senang anak2 nak makan
ReplyDelete