Saturday, October 29, 2011

Nasi Lemak Basmathi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru selesai tngk perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara N.Sembilan dan Terengganu. Nampaknya kemenangan berpihak pada N.Sembilan. Tahniah di ucapkan, biasalah adat permainan...ada yg kalah dan ada yg menang. ..yg tak bestnya kalau kalah....mmng sedih dan hampa. Sabor ya pemain dan penyokong Terengganu. Bila tngk perlawanan bola tadi saya jadi gelak pulak bila anak bongsu saya tanya...."Kenapa bola sepak tu satu je kat padang???? padahal ramai orangnya. Kenapa pulak orang ramai rebut2 bola sepak tu???? Haiiii...klakor di buatnya. Betullah, biasanya kalau kat tadika banyak bolanya, jadi semua dpt peluang tangkap/sepak bola tu...ni orang tua main bola rebut2..apalah...kata Hamka....Terpaksalah saya terangkan, adoyaiiii kacau daun je Hamka ni....menganggu je mamaNya nak tngk perlawanan bola dngn khyusuk...

Oklah, sebenarnya hari ni saya masak nasi lemak je. Nasi lemak ni menu tengahari merangkap hingga makan malam sekali. Petang tadi adalah buat minum petang utk keluarga. Nasi lemak kali ni saya gunakan beras basmathi Faizah...mmng sedap sangat. Sebelum ni ada jamuan di rumah kawan, sedap betul bila makan nasi lemak guna basmathi. Kali ni saya cubalah masak guna beras basmathi, resepinya tentulah dari Chef terkenal..siapa lagi kalau bukan Chef Mat Gebu. Kalau masak ikut resepi Mat Gebu ni mesti menjadi punya...yg paling penting ianya sedap dan menepati citarasa kami sekeluarga. Terima kasih Che Mat resepi yg best ni. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya...kawan2 bolehlah mencubanya utk sarapan pagi esok.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 6 cawan santan kelapa yang segar
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 1 inci halia, kerat 3 dan dititik
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN :-)
  • Sambal tumis
  • Hirisan timun
  • Telur rebus
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik, tuang santan, masukkan serai, bawang putih, bawang besar, halia dan daun pandan. Masukkan garam secukup rasa (jangan masin2, cuma bagi rasa lemak saja). Kacau rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masa, gemburkan dengan chopstick. Boleh hidangkan dengan bahan2 sampingan tadi..

3 comments:

  1. sedapnya...lela penah gak wat guna basmathi. memandangkan daun pandan jarang2 ada selalunya guna daun limau jek kasi wangi huhu

    ReplyDelete
  2. ASSALAM YATIE
    terima kasih..hari ni lom buat sarapan..tengah fikir2 nak buat nasi lemak..tapi beras herba ponni dah habis..sekali tengok resepi yati..alhamdulillah..dapat idea..

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie.

    Ella tak pernah lagi masak nasik lemak guna Beras Basmathi tp bila tengok gambar kat sini, berasnya gebu dan pjg, uishhh .. mcm best jerk. Hihi.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails