Ok, sebenarnya saya cari menu yg ringkas arini sbb nak masak cepat dan pastinya sedap di makan. Hasilnya inilah masakan yg sangat sempoi dan sangat sedap. Terima kasih K.Ummi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Memang betulllah kata akak, sedap hingga menjilat jari. Suami Yatie siap tanya, nape tak letak daun limau purut kalau resepi ayam sos siam ni. Biasalah kalau masakan siam, mestilah letak daun limau purutkan. Yatie pun jawab, Yatie takmo derhaka kat resepi asal ni. Lagi pun mmng sengaja nak rasa mcmana resepi ni bila di gandingkan dngn hirisan daun kunyit.
Bila dah masak..WOWWWWWW...mmng sedap betullah. Kalau tak caya, anda cubalah sendiri. Jom kita semak resepinya...Izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini ya K.Ummi.
Bahan (anggaran):-
- 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
- 15 tangkai cili padi thai *
- 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
- 1 labu bawang besar - dihiris
- 1/3 cawan sos cili (Yatie letak 1/2 cawan sos cili dan tambah sedikit air)
- 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
- sedikit gula (optional)
- minyak masak secukupnya
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
- Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
- Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
- Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!
Assalamualaikum akak...
ReplyDeletediana pun dah cuba dah resipi ayam sos siam nie.. mmg best.. sedap sgt... tp entri tu masih lg tertangguh smpi skg.. huhuu...
assalmualaikum kak yatie..
ReplyDeleteya ampun.. meleleq air liur ayu,, sabor2...
tahan2...
skrang nie pulun diet, krang ada jodoh, ayu nak resepi nie kak masakkan utk ayu ya,
hehehehhe
akak terlepas pandang resepi ummi ni yatie..akak ambik resepi nya kat sini je lah..mmg suka sgt kalau bab2 pedas ni kan.esp yg berkaitan dgn siam..tak jemu kan?
ReplyDeleteSuka betu le kalau menu ringkas2 tapi sedap ni. Boleh masuk le untuk minggu depan. OOOppppp kak yatie kat mana sos siamnya yea.
ReplyDeleteamboi.... menarik resepi ni... :)
ReplyDeleteSalam Yatie,
ReplyDeleteLapar terus Kak Ros bila tengok resepi ni.
Assalamualaikum Yatie,
ReplyDeletekalau bab resepi siam nio... memang feveret Amie...sedapnya ayam sos siam!
Assallamualaikum kak Yatie cayang..
ReplyDeleteKak, mesti sedap ayam akak ni.. Suka gak mknn resepi Siam ni.. Akak pernah makan laksa siam?? Best oooooo...
Nak 3 ketul kak..
Salam k.Yatie...menu simple..mesti cuba nie..bnyk gak resepi dr blog akak yg Yana dah cuba...TQVM.. semuanya sedap2 belaka...Insyaallah...tghari nie nak try msk ayam nie pulak..anak2 mmg suke bab ayam cam nie...nak g kedai beli ayam dulu.....Vroooooommmmm!!!!!! Pantas....
ReplyDeletesalam kak yati.. Nampak sedap je ayam ni.. bebila boleh la cuba..:)
ReplyDeletefuiyoo..dapnyer kalu dpt mamam ngan nasi panas..!! perghh!!
ReplyDeleteDah bookmark hari tu bila tengok kat rumah kak ummi... sos dia tu nampak sungguh le menyelerakan :)
ReplyDeletesalam kenal :)
ReplyDeleteyna suka follow blog yg suka masak2 nie tapi x pnh try lagi..
penyakit M ada lagi, huhuhu
Yatie, terima kasih sudi cuba resepi nih... Sori banyak2 sebab terlepas pandang bila akak bercuti panjang baru2 ni... Alhamdulillah suka akak dgr bila family semua suka eh...senang dan mudah, janji sedap kan..hehe
ReplyDelete