Friday, October 7, 2011

Puteri Ayu Perisa Keladi dan Perisa Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malam tadi ada majlis kenduri kesyukuran di rumah mak saya. Dalam kepala ni dok fikir nak buat kuih macam2, tapi kesuntukan masa. Jadi saya hanya buat kuih puteri ayu perisa pandan dan perisa keladi je. Kali ni saya buat perisa keladi yg lebih, tak sangka mak dan adik mmng suka perisa keladi. Kalau perisa pandan tu dah biasa sangat, jadi saje je buat kelainan. Puteri ayu kaler hijau tetap buat sebab melayan kehendak Hamka. Hamka ni mmng peminat setia kaler hijau...kalu boleh semua kuih nak kaler hijau....tak kisahlah asal dia gembira dan berselera nak makan.

Kali ni saya cuba resepi dari Kak Ita Lestari Kehidupanku,mmng sedap dan lembut je kuih ni. Sebelum ni banyak kali nampak kat rumah Kak Ummi, terliur je di buatnya. Bila dah buat, mmng puashati betul....sedap sangat. Sebelum ni saya buat ikut resepi di SINI,saja je letak kaler2 supaya lebih ceria...yg penting kuih ni mmng sedap dan mmng tak jemu2 walau dah banyak kali buat. Terima kasih pada pemyumbang resepi, izinkan Yatie kongsikan kat sini pula ya. Pada kawan2 yg masih tercari2 lagi resepi kuih puter ayu tu, bolehlah mencubanya.....





Bahan-bahan (*Yatie guna acuan lebih kecil, dapat lebih kurang 60 biji)
  • 5 biji telur
  • 250 gm tepung gandum*
  • 1 sudu kecil baking powder*(* diayak)
  • 300 gm gula halus (Yatie guna 1 1/2 cawan)
  • 2 sudu kecil ovallate
  • 250 ml santan (Yatie guna 200ml santan kotak+50 ml air)
  • sedikit pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan (boleh tukar perisa kegemaran anda)
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Inti Kelapa
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara Menyediakan Inti Kelapa
  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
  3. Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat.
Cara membuat dan mengukus kuih
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan berselang seli dengan tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
  4. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.(Yatie kukus 10 minit api sederhana)
  8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

18 comments:

  1. Inti kelapa tu lepas mampas kena kukus dulu ker..baru masukkan adunan tepung? cantik warna pink tu...

    ReplyDelete
  2. kuih moden yg evergreen, masih ingat mula2 kuih ni top masa kita kecik2 lagi..

    ReplyDelete
  3. Kak yatie alahai sedap n cantiknyer puteri akak,sy pon mmg guna resepi nih juga,mmg menjadi n lembut ajer..Gula sy kurangkan..

    ReplyDelete
  4. salam kak yatie.. huda pernah buat jugak kuih nie sekali tapi macam jadi je.. jadi padat pulak.. nape nyee?

    ReplyDelete
  5. nanti nak try lah, ingat susah nak buat, rupanya senang je

    ReplyDelete
  6. waaa...kalerpul sungguh kuih puteri ayu ni..saya mmg cadang nk buat hari ni, tp ada keje lain, so terpaksa la tunda dulu projek si apam ayu ni...

    mintak 2 bijik dulu yer...hehehe...(nanti kita ganti balik laaaa)

    ReplyDelete
  7. cantikkkkkknya putri ayu.....

    ReplyDelete
  8. Sedapnya terrasa kt tekak...sgt mencintai ini kuih...sebab suami saya suka memakannya...cuma bila susah dpt kelapa muda, mulalah terbantut nk buat..acuanpun dok bersarang je dlm lemari...kamon chah, buat kuih ni untuk suami tersyenta...*gedikss

    ReplyDelete
  9. as-salam kak
    cantik lah kak puteri ayu keladi tu..tergoda warna puteri ayu tu kak...

    ReplyDelete
  10. salam yatie manisss
    kak sgt suka perasa keladiiiiii
    aiskrim pun keladi...
    gebussss betoii yatie buat...
    dah lama kak tak buat dok mengila apam dot2 je..seangkatan tu resepi nya...

    ReplyDelete
  11. Mat malam Yatie,
    warna-warni putri ayu tu...suke2..hehe..

    ReplyDelete
  12. kak yatieee..
    dtg mlm mlm ni nak ngendeng kuih ayu ayuan ni..ase lagi ke idak? nak nak.. warne pepel i likeee

    ReplyDelete
  13. Cute, little cakes. Looks lovely.

    ReplyDelete
  14. akak ayu nya kuih tambah yang perisa keladi suka tgk kak.. lawa

    ReplyDelete
  15. tengok putri yatie ni akak rasa teringin pulak nak buat..akak buat kaler pink pulak kan yatie?..cantik je kaler purple tu.mesti anak buah akak alisya suka nanti ni..:)))

    ReplyDelete
  16. lamanya x makan kuih nie... cantik warna purple tu yer akak... comel2...

    ReplyDelete
  17. amboi cantiknya kuih ni kak...suka colour purple tu...suka lagi kalau dpt ngap ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails