Tuesday, October 11, 2011

Roti Silang Inti Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur alhamdulillah selesai sudah peperiksaan PMR 2011. Petang semalam bila selesai je peperiksaan, anak saya Seri Izati demam panas dan muntah2 pula. Nasib baiklah dah selesai semuanya. Petang tu saya bagi makan panadol sementara menunggu malam utk ke klinik. Bila tiba di klinik je, doktor mengatakan Seri menghidapi demam periksa....hehehehe...pastu mabuk periksa juga. Kita beriya2 cerita dngn doktor tu anak tak sihat..doktor pulak siap buat lawak,klakarlah pulak. Ini juga antara ciri2 doktor yg memahami...bila sakit dia bagi terapi gembira dan buat orang ketawa. Taklah kita bertambah sakit..betul tak.

Oklah, sebenarnya nak letak resepi roti silang yg saya buat ni pagi tadi...tapi busy sangat,tak jadilah nak n3...petang ni barulah berkesempatan. Kejap lagi pun saya ada urusan penting yg perlu di selesaikan, nak kena keluar lagi ni. Roti ni saya buat malam tadi, sedap betullah bila makan panas2 yg baru keluar dari oven. Nasib baiklah saya buat 2 adunan..puas anak beranak makan. Suami pula tak abes2 memuji kesedapan roti silang ni. Cuma kali ni saya buat inti kari ayam manakala Mat Gebu buat inti cendawan. Tak kisahlah asalkan roti tu sedap dan larisssss. Lepas ni pun anak2 dah suruh buat lagi guna inti sardin pulak. Memang terasa2 lagi kesedapan roti ni.

Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi roti yg sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Akak rasa seronok pula bila buat silang2 roti tu...rasa nak buat lagi..dan lagi..dan lagi...ishhhhh rasanya mmng nak kena buat lagilah....Kalau kawan2 nak merasa tu, bolehlah mencuba roti silang ni. Terpulanglah nak letak inti apa ya...ikut selera memasinglah ya..







BAHAN DOH :-)
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
  • 1/4 camca teh bread improver
  • 1/4 camca teh bread softerner
  • 30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gram instant yeast
  • 20 gram mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
BAHAN INTI CENDAWAN (Yatie guna inti kari dan daging/ayam hancur..leh rujuk di SINI)
  • 200 gram cendawan butang, hiris
  • 150 gram daging kisar (daging ayam atau lembu)
  • 1 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
  • 2 helai bay leaf
  • 3/4 camca teh serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan susu sejat
  • Garam dan secubit gula
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 1 pokok daun bawang, hiris
CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :-
  1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
  2. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  3. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  4. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.(Yatie uli guna tangan je...)
KAEDAH LAIN :-
  1. Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK INTI CENDAWAN :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan juga bay leaf, tumis hingga layu.
  2. Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang susu dan masak hingga daging lembut .
  3. Masukkan cendawan dan juga lada hitam, masak dengan api perlahan hingga cendawan layu dan kelihatan kering.
  4. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, kacau rata dan sejukkan.
UNTUK ROTI SILANG :-
  1. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 2 bahagian.
  2. Ambil satu bahagian, canai 4 persegi seperti dalam gambar.
  3. Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1/2 bahagian inti di tengah doh.
  4. Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega.
  5. Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda.
  6. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur serbuk lada hitam atasnya.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan roti sebelum dihidangkan....

13 comments:

  1. salam kak yatie..cantiknya roti akk buat..saya bab jalin/silang ni mmg hancuss..tak jadi..hihi

    ReplyDelete
  2. kak yatieeeeeeee..
    kemas nyer la roti silang akak ni. kalau saya buat dijamin berterabur gak inti tu. kikiki.. nak sepotng nak wasee.. nak buat ni kena bertapa dulu amik mood..hehe

    ReplyDelete
  3. a'kum kak Yatie.. nampak sedap roti itu~ mmmmm...

    ReplyDelete
  4. kak yatie...cantikkk roti tu...
    meh sebijiiiiii....

    ReplyDelete
  5. salam yatie..
    cunnyerrr kejadian roti ni.. cara menyilang tu.. teringat masa buat sosej puff dulu.. sama stepnya.. ada letak inti ayam lagi.. mestilah bertambah sedap roti ni kan... sambil kunyah roti.. minum pulak dengan nescafe panas.. yumyum..

    ReplyDelete
  6. salam kak yatie lamanya tak meroti ita ni.. nampak roti akak tu rasan nak meroti plak

    ReplyDelete
  7. Salam yatie... sekali sekala wat roti ni best nya.. inti lebih lagi sedapkan

    ReplyDelete
  8. Kak yatie cantik n kemas jer jalinan tuh,mesti sedap sgt kan,sbb tuh nak wat lagi nih..

    ReplyDelete
  9. Aslmkm. Kemas & cantik anyaman yatie.

    ReplyDelete
  10. Aslmkum Yati, moga anak Yati cepat semboh demam...nasib baik dah habis exam...bolehlah dia berehat.
    roti silang tu...molek jadinya.... sedap dpt mkn yg lembut gini...

    ReplyDelete
  11. Kena masuk list ni... Nampak cm gebu je..part menyilang tu yg beh...

    ReplyDelete
  12. Salam yatie hehe wah menarik ni bekean kat roti silang ni nak pulakd lm tu bekari...suka tau

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails