Wednesday, December 14, 2011

Ayam Masak Halia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya tak berapa sihat, pening kepala dan hidung tersumbat..hai selsemalah ni. Bila dah makan ubat, kepala pun senoneng dan mata mulalah mengantuk. Hari ni masak gak, tapi masak yg ringkas2 je. Kalau masak ringkas mcm ni mudah je..yg penting dpt sediakan menu tengahari utk keluarga tersayang. Oklah jom semak resepi terus...tak larat nak ngadap lappy lama2 ni. Resepi ni dari Kak Liza, terima kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya.


Bahan- Bahan
  • 500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih]
  • 3 s/b sos tiram ]
  • 1/2 cawan air ] bancuh
  • 1 s/k tepung jagung ]
  • 1 s/k serbuk lada hitam
  • 1 pokok daun bawang [potong pendek]
  • 1 biji buah tomato [belah 4]
  • 1/2 btng carrot- ptng kecil
  • minyak
  • garam dan sedikit gula
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Hidangkan.

22 comments:

  1. .....salam...
    semuga yatie cepat sembuh kembali....

    .....dan boleh masak yang lebih enak2 lagi.....
    mamaijat tumpang jamu mata ajelah....he he he

    ReplyDelete
  2. Salam Yatie

    kita reserve recipe K Liza ni..ayam lagi ada sekilo dlm freezer..

    skrg ni lagi musim demam selsema..drink lots of water & rest well, insyaallah cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. As'salam Yatie

    Bawak2 berehat ya. kalau dah selsema tu serba serbi tak kena nak buat kerja kan. kepala berat semacam jer. kalau dapat buat sup panas lagi baik untuk kesihatan Yatie.

    menu ni nampak sedap, k.ct ni hari2 mesti nak cari resipi ayam, sebab anak2 bujang ni asik makan ayammm jer..hihihi

    ReplyDelete
  4. cepat sembuh ye kak..tengah terpikir nak masak apa hari nie..tengok resepi mudah nie terus nak cuba kejap lagi

    ReplyDelete
  5. Aduh kak yati...lauk sgt2 menyelerakan....sedapnyee...nanti nk kelepet resepi ye kak..ngeee

    ReplyDelete
  6. yatie,
    sedap masakan ni. especially kalau nak senang membuang angin dalam badan.

    ReplyDelete
  7. Assalam Yatie,
    bagus menu begini, boleh panaskan badan dan keluarkan angin.

    ReplyDelete
  8. yatie syg, semoga cepat sembuh yeee..
    farah nak bawak pinggan dtg rumah yatie bole?

    ReplyDelete
  9. sedapnya nampak masakan ni, kak. Nanti bolehlah saya cuba masak untuk suami bila jumpa hujung bulan ni....

    ReplyDelete
  10. Ella pun penah buat resepi ni tau .. mmg best resepi2 kak liza.

    ReplyDelete
  11. @mamaijat
    wkmsalam, terima kasih atas doamu ituuuu...walau tak sihat tetap masak, tapi yg simple mimple jelahhh..

    ReplyDelete
  12. @Yat Maria
    terima kasih Yat, cubalah...mmng mudah dan sedap ayam masak mcm ni..

    ReplyDelete
  13. @CT Delima
    wkmsalam, tq Kak CT...mmng nak kena rehat ni, tapi biasalah masak tetap masak...menu ni mudah dan sedap kak..lehlah cuba..

    ReplyDelete
  14. @kayrul-shah
    terima kasih atas doamu, selamat mencuba..mmng sedap ayam msk halia ni..

    ReplyDelete
  15. @mama-D
    mmng sedap menu ni, selamat mencuba...

    ReplyDelete
  16. @Roses_Leo09
    betullah...yatie asyik sendawa dan buang angin jek..hehehehehe...

    ReplyDelete
  17. @Amie
    wkmsalam, hehehehe..keluar segala angin dlm badan....best menu ni..

    ReplyDelete
  18. @ros_reeza
    selamat mencuba...moga suami makin bertambah sayang dngn hidangan Ros ya...

    ReplyDelete
  19. @kakchik@ella
    owwww dah buat gak ya..mudah dan sedapkan..

    ReplyDelete
  20. Yati,
    Akak buntu ptg ni nak masak apa, tup2 bukak blog yati, tgk resipi ayam masak halia, apa lagi tanya anak2 nak makan nasi ke mlm ni, depa kata nak, so akak terus kuarkan ayam, bahan2 kecuali carrot dan daun bawang takde, tak jadi masalah, asalkan ayam ada....tq yati

    ReplyDelete
  21. Kak dah try nih! best . thanks fr the recipe :)

    ReplyDelete
  22. thanks....sy tambah baby corn and kcg pis...yum yum

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails