Monday, May 30, 2011

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita cuci mata dengan spaghetti bolognese pula. Lama dah tak makan dan buat sendiri. Sejak balik Msia ni mmng jarang2 masak western food. Selera tekak ni lebih pada selera melayu suka sangat masakan yg ada belacan...baunya yg harum tu yg menambat selera...betul tak? Lebih2 lagi kalau pucuk ubi masak lemak, ikan goreng, ikan masin di gandingkan dngn sambal belacan....fuhhhhh mmng sedap betul, maunya bertambah nasi dan lauk.

Oklah, sebenarnya saya buat spaghetti Bolognese ni malam tadi. Kami sekeluarga makan sambil tengok Mentor. Waduh berdebar di buatnya masa pengumuman. Alhamdulillah, kemenangan berpihak pada yg sememangnya layak....mmng adil. Saya dok syok tengok mentor sampai tak sempat nak n3 pasal spaghetti bolognese ni. Tak sangka anak2 suka betul makan spaghetti bolognese ni...asyik ulang2 je, maklumlah dah lama tak makan, mmnglah berselera. Kalau setiap hari makan mcm ni....jemulah juga.

Terima kasih pada penyumbang resepi. Resepi asal adalah dari Chef NorZailina Nordin dan saya C&P dari Mamahawa. Terima kasih sekali lagi kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Pada kawan2 yg belum mencubanya tu, bolehlah mencubanya sendiri....yg penting puashati, sedap dan jimat belanja. Suami dan anak2 pasti menggemarinya dan pasti akan ada ulang tayang.....kalau tak caya, cubalah....


Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • 1 labu bawang besar (jenis putih) – dikiub ½ cm
  • 1 helai daun bay kering
  • 400 gm daging kisar -
  • 400 gm tomato dalam tin – dikisar (kalau takde, guna 4 biji buah tomato yg masak ranum di ptng dadu dan tambah 4 sudu besar tomato sos...itu cara saya)
  • 500 ml air
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 kiub stok daging
  • 2 sudu besar oregano kering
  • 500 gm spaghetti – direbus al dente
  • Parutan keju secukupnya
  • Gula & garam secukup rasa
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun bay hingga keemasan.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna dan kering airnya.
  3. Campurkan tomato, air, stok, puri, oregano, gula dan garam.
  4. Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api.
  5. Masak selama 45 minit atau hingga kuah pekat.
  6. Sajikan panas-panas dengan spaghetti dan keju parut.

14 comments:

  1. as-salam kak
    wallah ! sedapnye spaghetti bolognese..kegemaran sekeluarga ni..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak...
    Rindunya kat sinar kehidupanku..
    Kak ni makanan feberet saya tapi malangnya hubby n anak2 kurenggg. Nanti kalau rajin saya mai amik resepi erk.

    ReplyDelete
  3. nak cuba2..selalu guna yg dah siap segera dlm botol just panas kan je..tak sedap sgt..tq berkongsi resipi

    ReplyDelete
  4. simple n kenyang n sedap. kan kak yatie kan

    ReplyDelete
  5. sedapnya spageti,dh lama tak wat

    ReplyDelete
  6. hmmmm.....simple simple dan enak

    ReplyDelete
  7. kak yatie,
    sedapnyer tu...terliur saya..hihi

    ReplyDelete
  8. kak saya kalau buat pasta gini anak tentu mkn byk.. bila nak buat lagi yek.. sedap nampak pasta akak

    ReplyDelete
  9. mujur petang tadi tak terjah sini..
    wah!!!!!!!!!!

    sepiring ya kak yatie

    ReplyDelete
  10. sedap ni...my fav ni kak...betul la dah blk Msia tu mana nak pandang western food ni kan...nk cari mskkan melayu gak..nieza pun sama tekak melayu nk kena belacan juga dok sini kalau msk belacan susah ati gak dibuatnya jiran tetangga semua omputih jer..hehe

    ReplyDelete
  11. ramai yg keliru sos yg di dlm botol hanya perlu di panaskn dan msuk kn spagetti. Sebenarnya kena di tumis bwng putih bwng merah daun bay oregano rosemary n daging kisar n etc bahan2 lain seperti mushroom ker sausage ker or any capsicum mixed color dlm tu.sedikit chicken stok penambah rase shaja dan jgan terlalu bnyk air. segalanyer yg extra creativity kita. Nmpak mudah sebenarya kalo kita creative senang shj membuat nyer.

    ReplyDelete
  12. salam sejahtera! amoi ingin tahu berapa sudu gula yg kak letak, ini penting bg saya yg tak reti nak agak, sebenarnya manis sos bolognese ni manis dia tahap mana. kalau free nanti tlg kak jawab yer TQ.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails