Saturday, May 28, 2011

Gado-Gado Peranakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pengunjung setia blog Sinar Kehidupanku. Terima kasih semua...kunjungan anda semua amat2 saya hargai. Hari ni bermulalah sesi percutian persekolahan pertengahan tahun selama 2 minggu. Mesti ada yg dah merancang nak makan angin, ada juga yg berehat saja di rumah. Bagi saya minggu ni hanya berehat je di rumah sambil buat aktiviti biasa2 je. Insyallah minggu depan barulah kami sekeluarga akan makan angin ke utara. Itupun dlm perancangan lagi. Harapan saya moga percutian persekolahan ini dapat di manfaatkan dengan sebaik2nya. Pada adik2 dan anak2 saya...Selamat Bercuti semua, dlm pada keseronokkan bercuti tu jngn di lupa tanggungjawab sebagai pelajar ya. Pandai2lah bahagikan masa utk bemain dan belajar.

Oklah, petang ni saya nak kongsikan bersama resepi gado2 peranakan yg saya masak tadi. Dah lama teringin nak buat dan makan, tapi ada je bahan2 yg takde kat umah ni. Kali ni saya tak letak tempeh...ini bukanlah di sengajakaan. Sebenarnya dah beli tempeh...bila buka je bungkusan tempeh tu....alamak belum menjadi sangatlah tempeh tuuu. Jadi saya pun makan gado2 tanpa tempelah. Tak kisahlah yg penting sedap kuah gado2 ni. Terpulang pada kita hendak kuah pekat atau cair sedikit. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan kat sini pula ya. Jom kita lihat bahan2nya.



BAHAN GADO-GADO :-)
  • 100 g kacang panjang
  • 3 biji kentang
  • 1 biji timun
  • 2 keping tempeh
  • 2 keping tauhu
  • 5 biji telur
  • 250 g kobis
  • Sedikit cili padi, jika suka
BAHAN KUAH KACANG :-)
  • 250 g kacang tanah
  • 200 ml pati santan
  • 350 ml air
  • 1/3 cawan jus asam jawa
  • 5 camca besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 12 tangkai cili kering, potong, buang biji dan rendam dalam air panas*
  • 10 biji bawang merah*
  • 2 batang serai, hiris halus*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*(*dikisar halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang, dikupas dan rebus hingga empuk, potong 8 untuk setiap biji. Kacang panjang dikerat 1 1/2 inci, celur sekejap, angkat dan toskan. Kobis dileraikan, cuci dan celur sekejap, angkat dan toskan. Timun dicuci dan potong berbaji. Tempe dipotong sederhana besar dan goreng hingga kekuningan. Tauhu digoreng dan potong sederhana besar. Telur direbus, kupas dan belah 2 untuk setiap biji. Ketepikan semua bahan ini.
UNTUK KUAH KACANG :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus hingga wangi dan pecah minyak. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kacang tanah, gula dan sedikit garam, masak hingga sedikit pekat. Tambah jus asam dan pati santan. Renihkan atas api perlahan sambil dikacau selalu hingga sos sedikit pekat. Rasa dan jika ok, boleh diangkat.
UNTUK GADO2 PERANAKAN :-
  1. Susun semua bahan2 untuk gado2 dalam bekas sesuai, curahkan kuah kacang rata2 dan jika suka boleh sertakan sekali cili padi untuk menghangatkan lagi keadaan....Hidangkan segera!!!

9 comments:

  1. akak...sepinggan kat bawah tu mas punya yerk...
    sedappnya tengok....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    diana pun nak sepinggan gak ... fav diana nie gado2.. asal jer gado2.. mesti suka makan... :)

    ReplyDelete
  3. nak buat la kebetulan ada buat kuah kacang banyak saje untuk makan dengan mi siam..igt nak rebus nasik impit terus dapat idea buat gado2 pun beh gak huhu..

    ReplyDelete
  4. Salam Yatie...
    sepinggan kat bawah tuh kasi mama jgn kasi Mas tau!! hehehe sedap lama nyer tak mkn gado2 :P

    ReplyDelete
  5. Kak Yatie...
    Nak sepinggan...Sedap tu.
    Lama tak makan..Nak buat sendiri maleh..Ngeeeee..
    Nie..sue hantaq sikit puding tuk akak..(^_^)

    ReplyDelete
  6. Salam kak yatie!! kita dtg malam2 nak gado2 ngan akak :D lama jugak tak buat gado2 niii, kena plan dia suatu hari yg kurang sibuk sbb kalau but ni sure berkecah satu dapo! hihihi

    ReplyDelete
  7. adoiii terliur...kena cari tempe ngan tauhu kat kedai jakarta jawabnya ni

    ReplyDelete
  8. salam kak yati....huhu...nak buat malas, ngendeng yg akak buat je lah yea..

    ReplyDelete
  9. sedapnya gado-gado tu kak...terliur lak...hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails