Sunday, May 22, 2011

Apam Marmar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya buat apam marmar ni utk minum petang. Apam ni lembut sangat dan mmng sesuai buat minum petang ataupun sarapan pagi. Selain sedap apam ni mudah juga utk membuatnya. Rasanya ramai kawan2 yg telah mencubanya. Terima kasih pada Mat Gebu kerana berkongsi resepi di MyR. Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Apam ni rasa seakan2 apam pelangi.



Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )
  • 250 gm tepung berserbuk penaik (saya guna 250gm tpng gandum+1 sudu kecil b.powder, diayak)
  • 200 ml santan
  • 200 gm gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.
Saya buat selang seli je macam marble cake.

8 comments:

  1. http://locura-y--realidad.blogspot.com
    Espero que te guste, un beso grande! :)

    ReplyDelete
  2. salam kunjungan...kak yatie, sy pernah nk buat apam yg mcm ni tp resepi lain.org tu ckp x perlu letak baking powder, last skalii bantat la apam sy tu...kene cuba resepi CMG juga la nmpk gaya...

    ReplyDelete
  3. morning kak yatie.. cantiknyer apam akak.. ha'ah laa kak, bahan2 dia pun lebih kurang sama ngan apam pelangi laa. sedap!

    ReplyDelete
  4. as-salam kak yatie
    kak yatie cantik apam marmar tu... nice combinations of colour..

    ReplyDelete
  5. akak..gebu la tengok apam marmar tu....
    cantik belang2nya tu...

    ReplyDelete
  6. Cantik dan gebu...Macam apam malaysia.Sama ke?

    ReplyDelete
  7. salam yatie...cantiknya apam nie.meh!atie sepotonggg

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails