Tuesday, May 31, 2011

Urap Pucuk Ubi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya buat urap pucuk ubi. Biasanya tunggu ada majlis kenduri barulah dpt makan urap ni. Kalau saja2 nak buat utk makan, mmng payahlah sikit. Kali ni saya merajinkan diri utk buat urap. Inipun gara2 dah teringin sangat nak makan. Saya lebih suka ratah2 gitew je sambil menonton TV. Siap anak saya pun pelik, napelah mamaNya dok makan sayur je...padahal inilah menu paling sedap yg diaorang tak tahu tu....Anak2 ni lebih suka sayur moden jek. Kalau pucuk ubi masak mcm ni mmng anak2 tak berapa nak makan, tapi kalau masak lemak pucuk ubi....mmng kegemaran diaorang.

Resepi kali ni saya C&P dari Mat Gebu lagi. Sejak cuti ni malas bebenor nak menaip....so kopipes jelah, yg penting hasil masakan tu adalah hasil airtangan kita sendiri ya. Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kopipes kat sini pula ya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 cekak pucuk ubi pulut
  • 2 cawan taugeh
  • 2 helai daun cekur- dihiris halus,saya tambah
  • 1 cawan kelapa parut putih, pilih yang kulit basah
  • Sedikit garam dan gula
  • 6 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci cekur*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 1/2 camva besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 2 biji cili merah*
  • 4 biji cili padi merah-*saya tambah
  • 1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk lumat)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pucuk ubi hingga lembut (saya tambah 1sudu besar minyak semasa merebus), toskan dan biar sejuk, perah airnya dan hiris sederhana halus. Taugeh dibuang ekor cuci dan toskan.
  2. Gaul kelapa parut bersama bahan2 tumbuk lumat, tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan bahan no 1 dan dan gaul hingga rata.
  3. Masukkan dalam kuali dan goreng tanpa minyak selama 2 - 3 minit, gunakan api sederhana besar. Alih ke dalam bekas dan boleh dihidangkan.

14 comments:

  1. sedapnya Kak Yati... Tempat saya susah pula nak jumpa pucuk ubi dan daun cekur nie.. Tapi kalau dapat, tak yah tunggu nasi..ratah jer pun dah sedap..

    ReplyDelete
  2. Salam.. Waduh2 Kak Yatie.. sedapnya tengok urap ni.. teringin banget nak makan..

    ReplyDelete
  3. hmmmmmmm... sedih betul tgk pucuk ubiii tuuu uuuwaaaaaa....ahkakkkkk!!! sedapnyerrr! fev kita kalau kat umah mak kita ni ratah2 sambil2 tergigit togeee sedap3!!!!

    ReplyDelete
  4. aslmkum yatie.. dah lama tak mkn urap mcm ni.. teringat mak kt kg.. hihihi

    ReplyDelete
  5. as-salam kak
    dah lama tak makan urap2..sedap mkn dengan nasi panas2..

    ReplyDelete
  6. akak..nak sepinggan..
    sedappnya tengokkk...

    ReplyDelete
  7. sedappppppppppppppppppppnyaaa...kak yatiee...huhu..

    ReplyDelete
  8. wahh menyelerakan tu...sedapx2..:)

    ReplyDelete
  9. salam,

    kak yatie dok dlm utm kan? ada member sy student master utm suami isteri dorang dh abis master n nak balik bertugas di ump... so dorang nak let go beberapa perabot, so akak tgk lah blog sy if ada yg berkenan ker... dorang baru guna dlm setahun lbh...

    ReplyDelete
  10. kalau mkn camni, takde lauk pun kenyang kan kak..

    ReplyDelete
  11. salam,


    akak call je num kat link yg sy bagi tu... die dok dekat je ngan utm, taman mawar ke tk silap namanya...

    ReplyDelete
  12. salam,

    kawan saya cakap harga kabinet tu dlm 250. kurang pun dlm 230. tp still leh negogiate lg... and dorang leh htr ke utm...

    ReplyDelete
  13. satu lg nak bgtau saiz kabinet tu 51X123... ada 1 drawer n 2 compartment berpintu... then tuk ltk stove tu ada seramic tile...

    ReplyDelete
  14. Urap pucuk ubi memang sedap dimakan dengan nasi panas, cuma saya tak makan taugeh kalau taugeh diproses oleh non-muslim...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails