Friday, May 20, 2011

Prosperity Burger

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni layan prosperity burger buatan sendiri. Rasanya sedap ala2 Prosperity McD. Kalau beli tu bukan main mahal lagi, kalau anak 4 orang dah berapa kan? Belum makanan yg lain lagi....waduh.. Apa kata kali ni kita buat sendiri prosperity burger ni...mmng berbaloi. Resepi asal adalah dari Jeni dan ada juga di rumah K.Ina. Saya pula C&P dari Hana. Terima kasih pada penyumbang resepi, jom kita lihat bahan2 yg di perlukan...pasni bolehlah buat Prosperity Burger sendiri..



Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger
  • Burger Daging
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - saya ltk suku cwn jerk
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
  1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam dan susu. Didihkan.
  2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  4. Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  6. Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.

13 comments:

  1. Kak Yatie...Prosperety burger 1..Large ya..Kikiiiiikiii

    ReplyDelete
  2. yatie macam tau2 aje ita suka posperity buger... pagi2 dah goda ita...
    selalu mmg tunggu aje kalau McD keluar posperity mmg jadi pelanggan tetap sekejap sampai tak kisahkan diet.. hihi pas ni boleh lah buat sendiri...

    ReplyDelete
  3. As'salam Yatie. selamapt pagi... pas ni dah bolehlah bukak kedai burger cawangan jb ni... hehehe. Itu lah kan bersyukur dan beryntung nya lah kita2 ni sebab ada blog masak2 ni semua masakkan kita boleh cuba sendiri. dan hasilnya amat memuaskan hati.

    Nanti buat kan kak ct seketul buger tu eh :DD

    ReplyDelete
  4. kak, burger ni musim nak raya cina je ada, lepas ni boleh le makan selalu kan....

    ReplyDelete
  5. akak..bestnya posperity burger....
    mas suka...

    ReplyDelete
  6. salam yatie - burger kegemaran lina nih...minta bantuan poskan ke KL hik...hik..

    ReplyDelete
  7. Assalam yatie,
    kita recipe ni dah lama masuk list tapi..belum terbuat2 lagi..sedapnya..dah tahu buat lain kali dah tak payah belikan..

    ReplyDelete
  8. kak yatie... saya suke sangat burger ni.. nak jugak aa buat sendrik. tapi daging burger yg ada ayam je. sedap ke tak kak?

    ReplyDelete
  9. Yatie

    ishhh kita pong nak ni prosperity burger..biar kita tambah2 lagi prosperous...tapi kita tak mo bawang arr...:)

    ReplyDelete
  10. Wah , tak yah ke MCd atau KFC . Dah boleh buat kat rumah.

    ReplyDelete
  11. Aah..btol K.yatie..apa susah, skang kan nak makan jer klik jer ,suma bleh buat sendiri..sedap gak makan ptg2 ni:)

    ReplyDelete
  12. Kak Yatie,a"ah kak kan wat sendrik lagi jimat kalo yg da ank ramai..Sy tggu jer musim burger nih,mmg tiap kali da slalu beli,Xpernah lagi wat sendrik..Sedap nmpk burger akak..

    ReplyDelete
  13. assalam kak yatie, sedapnya burger tu...oder 1 set kak..haha malas tul la saya lately ni ..tu la cuti lama sgt kan..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails