Wednesday, May 18, 2011

Ayam Cencalok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Inilah menu kami sekeluarga utk arini. Sebenarnya saya tak biasa makan cencalok, salah satu sebabnya adalah ianya terlalu masin. Tak sangka pula bila dimasak bersama ayam, rasa cencalok tu tak teras sangat...seolah2 kita tak letak cencalok pula dlm masakan ni...sedap sangat. Resepi asal adalah dari Mat Gebu dan ramai kawan2 yg telah mencubanya. Terima kasih Mat kerana berkongsi resepi masakan nyonya yg mudah dan sedap ni. Izinkan akak kongsikan di sini pula ya. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.



BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 8 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
  • 600 g dada ayam, potong sedernana kecil (saya guna 1/2 ekor ayam)
  • 1/2 cawan cencalok, toskan airnya
  • 3 helai daun limua purut
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
  • 2 camca besar gula
  • 2 biji cili merah, hiris
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 10 biji cili padi- saya tambah, di ketuk2 je
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 cm kunyit hidup*
  • 3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
  • Garam (jika perlu)
  • 1 cawan air
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...

13 comments:

  1. Salam Kak..
    Hadoiiii....tak keruan perut nih....Sedapppnya...Waaaa..semua hapdet makanan sedap2 mlm ni...ngeeeee

    ReplyDelete
  2. salam k.yatie

    pestime lieza tgk menu nih...nampak pun mengiurkan..lapor lak tgk...

    ReplyDelete
  3. salam yatie... k.nor pun suka menu ni.. sedap! menyelerakan :)

    ReplyDelete
  4. akak..resepi ayam ni dah terperap lama dah...bila la mas nak buat..he..he...
    sedappnya tengok ayam tu...

    ReplyDelete
  5. Salam kak yatie,
    Wah... letak cencalok. Sedapnya tengok ayam ni, penuh dgn pes kat atasnya. Teringin nak rasa..

    ReplyDelete
  6. Assalam yatie,
    memangs edap ayam cencaok nikan..tak rasa sangat cencaloknya tu..budak2 kita makan laju aje..heheh..

    ReplyDelete
  7. Salam kak...

    sedap ke? ira tak pernah makan cencaluk ni kak, tak tahu rasa mcm mana

    ReplyDelete
  8. Salam kak yatie! alaaaaa..kita tak pernah makan cencaluk ke budu ke tp sejak duk jauh niii semua kita nk makan tp tak leh mkn kat mesia lah nanti tak leh makan biar duk kat luar negara baru leh makan hihihi.. nmpk sedap tu kak! tumpang makan sini ya kak yatie :D

    ReplyDelete
  9. salam yatie fuhh mengancam niii ..pandaikan c,mat tu reka cipta resepi ..tak sangka kan cencalok tu boleh diperbagaikan.. kdg2 tu bila tak makan kering macam tu jer dlm peti sejuk.. lain kali boleh lah masak mcm ni kan yatie..
    kak ilah buat talam sagu ..derhaka kan resepi yatie..hikhikkk

    ReplyDelete
  10. Ayam ni boleh masak macam2. Tapi kena rajin intai resepi je.

    ReplyDelete
  11. salam..k.yatie..agak2 lps mkn naik jerawat tak mkn cencalok?terliur nak try ni

    ReplyDelete
  12. Kak Yatie..ooooo..kak Yatie..
    Lauk tempoyak tu kalau buat lagi sekali jangan lupa pos sikit pada Naz yer..Jangan buat2 luper pulak eh..Nak rasa ni..

    ReplyDelete
  13. Kak yatie..oooo..kak..
    Nanti kalau masak lauk ni lagi sekali jangan luper hanto sikit kat sini..hehehe..Nak pekat2 mcm kat atas tu yer..hehehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails