Bahan -Bahan
- 280 ml air
- 300 gm tepung roti ( high protein flour )
- 200 gm tepung gandum ( plain flour )
- 10 gm garam halus - secubit
- 60 gm gula
- 20 gm susu tepung
- 1/2 camca besar baking powder
- 3 1/2 camca teh instant yeast
- 2 biji kuning telur
- 50 g lemak sayur @ shortening
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu besar gula kastor
- 2/3 cawan susu segar
- 15 g butter
- 2 sudu kecil esen vanila
- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whisk dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.
- Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
- Kaedah breadmaker : Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan kedalam breadmaker, pilih setting doh dan tekan butang on. Tunggu hingga siap.
- Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
- Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
- Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
- Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor. Boleh lihat cara2nya DISINI.
- Selamat mencuba.....
wahhhhh..dah kluar donut inti kastard ni..
ReplyDeletesedappkan kak....
Assalamulaikum Yatie
ReplyDeleteNi yang macam nak dok mendonat kastard lagi ni... hihihi. Hb kak ct pun suka, tambah2 lagi lebihkan kastard dalam donat tu.. perghhh memang sedap. montel2nya donat tu Yatie :DD
Dah sampai sini ye kak...ira pun ada rancang nak buat gak...hihihi
ReplyDeleteadoiiii.... sedapnyer donuttttt.... sukanyer... bila lah ita nak buat ni.. dah tak leh tahan dah tgk donut yatie ni... comel2 macam tuan yg buatnyer jugak... kalau dekat ni ita dah hantar pingan dah yatie... buat muka tak malu.. khik.. khik..
ReplyDeletehmmm....rase sampai sini jela bw...nk masuk dapur la pulak...huhuhu...bestnyerrrr...
ReplyDeletesalam nak sikit seketul buat rasa..cam ni kalau dah semua kata sdp nak buat leeeee tegoda gitu
ReplyDeleteSalam Yatie...
ReplyDeleteEmmm...sedapnya...tak yah p beli donut lahi kat Big Apple Donut...leh buat seniri je kan...jimat belanja...puas makan kan Yatie....:)