Tuesday, May 31, 2011

Donut Kentang Fatmah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya bf donut kentang. Resepi ni mmng best sangat sbb donut mmng gebu dan lembut. Saya buat donut ni malam tadi, sampai pagi ni pun masih lembut. Resepi kali ni saya ambil dari Izah, ada juga di rumah Mas. Mereka berdua ni mmng rajin mencuba resepi2 yg baru dan malatop. Kalau nak tau Mas dan Izah ni mmng peminat setia donut, kalau tak caya singgahlah blog mereka berdua, mmng mcm2 donut yg di buatnya. Terima kasih juga pada penyumbang resepi asal Pn Fatmah Bahlawan kerana berkongsi resepi yg sedap ni. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan.



Bahan-bahan
  • 500 gm tepung terigu protein tinggi *(saya guna 250gm tpng gandum+250gm tpng roti)
  • 50 gm susu tepung
  • 11 gm ragi instant (yeast mauripan)
  • 200 gm kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
  • 100 gm gula pasir
  • 75 gm mentega *
  • ½ sdt garam
  • 4 btr kuning telur
  • 100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
  2. Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirehatkan 15 menit.
  3. Bagi adonan masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
  4. Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
  5. Angkat, toskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

14 comments:

  1. Yatie..tanya sikit, boleh...? setengah kalis tu, macam mana ye..?

    ReplyDelete
  2. As'salam Yatie

    lama nya k.ct tak buat donat ni yatie. masuk sini acam teringin pulak nak makan donat. semalam jaln2 tgk kat Big Apple tu kecur gak, cuma nak menguli tu yng mcm malas jer.. hihihi

    bolat2nya donat yatie ni, mintak sikit lah :DD

    ReplyDelete
  3. mmg sdap donut ni..
    tringat2 lagi gebunya tu..
    nk buat lagi la kjap lagi..hihi
    peminat donut ye kak yatie..hehehe... memang minat kuih2 kembang n kembung.tu yang terkenan kat badan jugak tu

    ReplyDelete
  4. salam...nk tanya...air tu 100 ml je ker..ari tu saya dah try resepi ni...kena tambah air...

    ReplyDelete
  5. cuti2 sekolah ni boleh try gakk niiii

    :):)

    ReplyDelete
  6. Assalam kak yatie,donut nih mmg terbaik kan,sy pong da pernah wat,mmg lembut betoi..KIra mmg berbaloi lah pecahkan kuning telur 4 biji,hihi..

    ReplyDelete
  7. wah pepagi buta kat sini saya dah terjah dapur akak dah....terus terasa lapar kak....menarik tul tgk donut bolatx2 tu...hehe

    ReplyDelete
  8. elok gebu donat tu..terasa mcm nak amik je dr sini :) kalau x silap resepi ni popular tahun lepas, jadi sy simpan je kat dapur.bila2 nak bt terus capai,insyaallh jadi elok n sedap.blh bygkan kesedapannya.alahai,bila la nk buat lagi :)))

    ReplyDelete
  9. mmmm Donut.. gebus tu.. setuju kak macam donut ader kat dapo panas Iazah n kak Mas tu he he he ader lagi.. erma nak join..

    ReplyDelete
  10. Yatie..kita pun selalu masuk NCC tu..resepi2 kat sana mmg marvelous..kan.

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan...tinggal jejak kat sini ;)

    waahhh,terliur tgk gambar donut kentang ni.msti kena try ni.hehe...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum akak...
    yg nie pun dah lama tergoda.. hari nie tergoda lagi kat dapur akak nie.. bila ler giliran diana plak buat nie.. :)

    ReplyDelete
  13. Salam..Saya mmg suka buat donut bubuh kentang..rasa lbh lembut & yummy:)

    ReplyDelete
  14. Assalamua'alaikum Yatie. Donut ni memang lembut & sedap. Saya dah buat dua kali dlm seminggu.Maklumlah, di Singapore ni pun cuti sekolah, jadi anak2 lapar saja.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails