Wednesday, February 2, 2011

Talam Kastard Jagung

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni saya buat kuih talam lagi. Saya memang suka buat dan makan kuih talam. Pada peminat kuih talam tu, bolehlah mencubanya. Kuih talam biasanya sesuai utk di buat kenduri kendara ataupun sesuatu majlis. Kuih ni kelihatan cantik dan menyelerakan bila di potong dngn kemas dan licin. Kalau buat kuih talam ni mmng dpt seloyang besar, tapi tak bermakna saya sekeluarga makan semuanya...boleh juga di beri pada jiran2 terdekat..sekurang2nya dapat juga mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita dan berbalas pinggan atau mangkuk..betul tak?....ngeeeee...




Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan
Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

28 comments:

  1. assalam kak Yatie, wah menarik dan sedapla kuih talam ni kak...nk cuba buat jugalah nanti..:)

    ReplyDelete
  2. salam yatie.
    sedapnyer... ita mmg suka yg ada jagung mcm ni... cantik aje yatie potong... nanti boleh cuba ni nampak sedap...warna pun menarik...

    ReplyDelete
  3. cantiknya talam akak...
    suka mas tengok.....
    dah tahu sedap bangat ni...nak seloyang kak..akak kan buat banyak....

    ReplyDelete
  4. nilah saya suka ..guna cawan je...dan sudu...nak cuba jugaklah..

    ReplyDelete
  5. Salam k.Yatie..wah nampak sedap dan cantik kuih talam akak..saya kalau buat mesti selalu tak sabar nak tunggu sejuk...panas2 dah potong..mula lah rupanya tak tentu arah..hehehe..thanks for the tips

    ReplyDelete
  6. Salam Yati..
    Saya tengah wat Talam Nangka belum sempat lagi masak..dah keluar Talam Kastard Jagung..
    Tunggu esok yer...

    ReplyDelete
  7. cantik btol talam akak nih! leh masuk list lah! hubby suker klu yg kastad jagung...

    ReplyDelete
  8. Aslmkm kak yatie..sue dtg ni..meh kita tukaq ya..sue bawak puding mangga ja tuk akak..heee

    ReplyDelete
  9. Tu dia!!! Tersangat2 la menggoda kalbu talam jagung Yatie ni..x patut tau, mkn x ajak akak pon..meh la hantar sepinggan kat akak..ambik resepi ya..hrp ada la rezeki nk buat nih..:)

    ReplyDelete
  10. @Nieza
    wkmsalam, mmng sedap kuih talam ni...cubalah...wangi bau jagung tu..

    ReplyDelete
  11. @AZLITA AZIZ
    wkmsalam, kuih ni kena betul2 sejuk barulah cantik bila di potong..mmng sedap kuih ni..cubalah..

    ReplyDelete
  12. @Mas
    Tq Mas, boleh je..tapi kuih tu dah kena potong..akak bagi 5 ketoi sudahlah ya...hehehehe..

    ReplyDelete
  13. @CTE
    Tq sudi singgah..akak pun mmng suka guna sukatan cwn supaya mudah bagi kwn2 yg nak mencuba..selamat mencuba...

    ReplyDelete
  14. @Jamie
    wkmsalam, kdng2 akak pun mcm tu gak..tak sabar nak rasa..masih panas dah potong...kalau setakat rasa oklah...selebihnya biarkan betul2 sejuk, baru cantik di potong...

    ReplyDelete
  15. @hana
    Tq Hana...kalau takut tak abes buat separuh je...mmng sedap talam kastard jagung ni..

    ReplyDelete
  16. @ibh
    wkmsalam, dah tentu boleh..akak suka puding mangga tu..nah akak bagi talam kastard jagung plk ya..suka tak..hehehe..

    ReplyDelete
  17. @AZLINA
    alalala..ciannya...meh kita makan sama2...sedapkan...

    ReplyDelete
  18. Nazrah Bakery,
    sedap tu talam nangka...jom tukar dngn talam kastard jagung Yatie ni....leh kan...hehehehe..

    ReplyDelete
  19. salam kak..wahhh..meriahnye nampak akak nye talam..cantik je akak potong..akak guna pisau ape ek potong kuih talam?pisau plastik ke?
    kalau ade lagi kuih tu..post ke rawang sikit ek..nak rasa air tangan akak..heehe

    ReplyDelete
  20. Salam kak Yatie..
    Heheheeee.. akak ni memang rajin betul talam menalam.. Kot la dapat jadi jiran akak kan ke best..Mesti dalam seminggu paling kurang dapat merasa kuih talam akak sekali :)))

    ReplyDelete
  21. ziarah pagi...dtg intai kuih talam k.yatie...nanti boleh cuba buat..bestnye..pekena dgn teh panas

    ReplyDelete
  22. Eina,
    wkmsalam, sowwy dah abeslah kuih talam ni...Eina dtng lambatlah...hehehe..akak potong kuih ni guna pisau plastik, kuih mestilah betul2 sejuk, baru cantik bila di potong...

    Naz,
    wkmsalam, mailah jadi jiran akak...mesti best tiap2 hari tukar2 makanan...kih3..

    Adiwieyah,
    Mmng sedap kuih talam ni....kalau teringin tu bolehlah cuba resepi ni....

    ReplyDelete
  23. aduiii kak... akak memang terorlaa buat kuih2 camni..

    ReplyDelete
  24. suka tgk menu2 dapur akak....mcm2 ada...kuih2 pun sungguh menggoda...mmg tabik la k'yatie,..bila nak buat nii...

    ReplyDelete
  25. As salam Yatie.
    Saya dah cuba resepi talam ni...sedap dan terima kasih krn sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum...Alhamdulillah berjaya jugak akak buat kuih talam ni, memang sedap rasanya. Terima kasih Yatie....

    ReplyDelete
  27. Salam..Yatie.Saya dh mncuba rsp ni.Memang sedap..dan lembut.Terima Kasih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails