Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni takde menu masakkan sebab hari ni saya pergi ke rumah blogger terkenal di Sedenak, siapa lagi kalau bukan Mat Gebu. Syukur Alhamdulillah, dapat juga saya berjumpa dengan Mat walaupun terlewat sedikit. Biasalah kita hanya mampu merancang, Allah saja yg menentukan segalanya...alhamdulillah dngn izinNYA saja saya dapat bertemu dngn
Mat, Ben, Zila, Ayu, Sis Lin, Sariyusa, Sunah, Mamanya, MakET, SueJoshua, Ady Budika, Cikali serta rakan2 blogger yg lain. Seronok sangat bertemu dngn mereka semua.
Akak ucapkan ribuan terima kasih pada
Mat Gebu kerana bersusah payah menyediakan juadah makanan yg sedap2. Siap bawakan akak puding triffle lagi....mmng sedap sangat. Tak sangka betullah dapat merasa betul2 masakkan dari air tangan Mat sendiri....macam mimpi rasanya. Walau sebelum ni hanya kenal di alam maya, kini impianku menjadi kenyataan...bertemu pula di alam nyata. Tentu kawan2 tertanya2 mcmanalah rupa Mat ya...ahhhaaa sini akak citer sikit...uish tak payahlah. Kalau nak tau tu kenalah datang rumah Mat sendiri, tapi jangan main serbu je ya....kang terperanjat pulak Mat. Kalau boleh tu beritahulah awal2 supaya Mat dapat sediakan menu yg sedap2 spt tadi...uwaa balik rumah dngn perut kekenyangan....hehehe..
Sebenarnya saya sampai lewat tadi. Ini adalah di sebabkan tugas yg perlu di selesaikan oleh suami saya. Suami saya kena menghadirkan diri di Fiesta Internasional Horses Show di UTM. Saya dah siap awal, tunggu punya tunggu dekat pkl 3.15 baru kami bertolak. Kasihan
Yusa yg sabar menunggu akak kerana sudah berjanji utk pergi bersama. Terima kasih Yus kerana bersabar dan sanggup menunggu akak. Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai ke rumah Mat Gebu. Terima kasih juga sbb beri akak blueberry cheese tart yg sangat sedap tu.
Bila sampai je rumah Mat, alamak berdebar2 rasanya nak jumpa rakan2 blogger yg lain. Mula2 yg saya nampak adalah Ayu citarasa rinduan. Tak sangka dia sambut saya siap peluk cium pipi lagi....terharu rasanya. Di ikuti dngn
Mak ET dan Mamanya. Maaflah Mak ET dan Mamanya kerana menunggu akak begitu lama. Kita jumpa sekejap je sebab Mak ET dan Mamanya dan bersiap2 utk pulang kerumah masing2. Lagipun mereka semua dah sampai awal.. tu yg balik awal juga. Bayangkan saya baru sampai dah kena bergambar sana sini...walaweiiii malu rasanya. Terpaksalah tebalkan muka je ni. Bila kenangkan kawan2 dtng dari jauh dan nak bertemu kita ni...tu yg terus bergambar sakan...seronok rasanya.
Tiba2 terdengar suara jejaka memanggil saya...K.Yatie....K.Yatie....eeehhhh K.Yatie datang. Bila ku toleh...uwaaa itulah dia
JEJAKA SEDENAK yg inginku temui selama ini. Siapa lagi...tu diaaaa Mat Gebuuu...mmng gebu orangnya, kulit putih melepak, sopan santun, berbudi bahasa...Seronok rasanya dpt juga menjejakkan kaki kerumah Mat Gebu. Kawan2 jangan jelessss ya. Pada yg belum pernah bertemu tu, insyAllah pasti suatu hari nanti kamu dpt bertemu juga...lebih2 lagi blogger2 masakkan. Mmng teruja nak bertentang mata dan bergurau senda dngn Mat kan. Macamana kita lihat keramahan Mat di blog, begitu jugalah keramahannya di alam nyata. Semua mesti menyenangi dngn tingkah laku Mat ni.
Ok lepas citer pasal Mat...citer pula pasal blogger terkenal dan di gelar mamat hensem ni. Siapa lagi kalau bukan
Ben Ashaari. Kalau lihat gambar Ben mmng hensemkan.....lihat betul2 mmng macam tulah orangnya. Ben ni pemalu sikit orangnya..sekali sekala je dia borak...ke akak yg malu nak borak dngn Ben.....kih3... Kalau isterinya
Zla mmng peramah, seronok akak bersembang dngn Zla ni...ada saja yg di bualkan, maklumlah citer orng pompuan. Lagipun hari ni Ben tak berapa sihat dan sangat sibuk dngn aktiviti Vlog bersama Mat Gebu. Cuma akak tabik betullah dngn Ben ni, walau tak sihat sanggup datang juga demi tugas dan janji yg sudah di materikan.
Jutaan terima kasih juga pada 1 tube.my yang memberi peluang kepada kami bertemu dngn para blogger. Semoga dngn pertemuan ini akan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Maaf sekiranya saya terlepas pandang, maklumlah ada yg baru bersua muka buat pertama kali...ada pula yg tak tau adanya kewujudan blog...takut pula di katakan sombong dan tak bertegur sapa...maaf sekali lagi. Ok lepas ni kita tengok pula gambar2 yg sempat di ambil masa gathering di rumah Mat Gebu...tunggu....