Tuesday, May 22, 2012

Ayam Masak Halia Kicap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bertemu kita di bulan rejab yg mulia ini. Rasanya ramai yg berpuasa, syukur alhamdulillah. Moga setiap amal ibadah kita di terimaNya. Biasanya kalau berpuasa mmng susah sikit nak melayan anak2 supaya bersahur. Kalau ngadap nasi tu muka kelat je sebab mengantuk. Biasanya saya akan masak menu ringkas yg di gemari anak2. Menu ayam kicaplah yg menjadi pilihan. Kali ni cuba resepi mudah dari Mat Gebu. Kalau singgah blog Mat Gebu, menu dari semudah2 hinggalah ke menu canggih ada kat sana. Kalau pening2 nak masak apa..bolehlah cari kat DTS. Terima kasih Che Mat kerana berkongsi resepi yg mudah ni, akak kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 ekor ayam, potong 9 atau 10 bahagian (ikut suka)
  • 1 1/2 inci halia muda, hiris
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 cawan air
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai cili merah, hiris
  • 5 biji cili padi-hiris, Yatie tambah sbb nak pedas sikit
  • 1 btng serai-di ketuk, Yatie tambah
  • 1/2 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan jus limau nipis dan garam sekejap. Cuci kembali dan cucuk dengan garfu dan gaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap 45 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan ayam dan goreng hingga ayam sedikit perang. Masukkan kayu manis, halia dan bawang putih, kacau rata. Tuang air dan kicap manis, bila mendidih, perlahankan api, renih hingga ayam empuk.
  3. Masukkan bawang besar, cuka makan, cili merah dan lada hitam, masak sekejap dan jika nak kuah lebih, tambah sedikit air, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...Selamat mencuba..

10 comments:

  1. wahhh,sedap sgt ni kak..boleh jilat jari..

    ReplyDelete
  2. mudah dan sedap nikan, mesti Hamka yg makan paling banyak.. kuih hijau ada?? hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Yatie cayangg.... wahhh terus kecur.... sedapnya... makan dengan nasi panas-panas memang sedapppp

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Yatie..salam Rejab. kalau puasa, confirm telan liur ni..makan dengan nasi panas2.. ;))

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie cayang!!!

    mmg g2 lah time bln pose kan 2x

    mudah & sedap nmpk lauk ayam msk halia nie :P

    ReplyDelete
  6. sedapnya ni yatieeee .. aiman mesti suka ni. nnt kc nak buatlah.

    ReplyDelete
  7. sedapnya yatie,..msuk list dulu ya :) zila66

    ReplyDelete
  8. Akak yatie cayang...
    Terliur tgk ayam tu tau... Nampak sgt menyelerakan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails