Monday, July 16, 2012

Cucur @Cekodok Ikan Bilis Air Panas

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Menu ringkas tetapi sedap dan cepat laris kat rumah ni. Petang tadi hujan, terasa sejuk dan perut ni mcm biaslah nak makan sesuatu yg panas dan ringkas. Tanpa fikir panjang lagi saya pun buatlah cucur ikan bilis guna air panas ni. Sebelum ni pernah buat guna resepi mak. Macam biasalah kalau resepi mak, takde sukatan..semuanya main agak2 je. Kalau saya dah biasalah agak2 mak tu macamana, tapi bila kawan2 tanya nnti nak jawab macamana. Di sini saya kongsikan resepi yg lebih kurang sama dngn mak punya. Kali ni saya kopipes dari Cikgu Zana yg rajin memasak tu. Walaupun sentiasa sibuk, tapi cikgu sorang ni rajin sangat mencuba pelbagai resepi utk hidangan keluarga tersayang. Terima kasih K.Zana berkongsi resepi, izinkan Yatie kongsikan resepinya kat sini pula ya. Memang sedap cucur guna air panas ni, walau dah sejuk..tetap lembut.

yg ni Yatie bulat2kan dulu baru goreng, tu yg nampak bulat2 je

yg ni Yatie jemput2 je guna jari yg dibasahkan sikit, tu yg tak bulat2 sangat

yg ni tinggal nak makan je...he3...

Bahan-Bahan
  • 3 cawan tepung gandum*
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil*
  • 1 biji lada merah(dihiris)*
  • daun sup/bawang (hiris)*
  • garam secukup rasa*
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
  2. Bulatkan lubang ditengah adunan.
  3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
  4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
  5. Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
  6. Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
  7. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.

20 comments:

  1. bolat2 cucur cekodok ikn bilis tu...nie kalau dpt dicicah dgn sambal sardin atau smbl ikan bilis..perghhh best!

    ReplyDelete
  2. As salam Yatie. Cantik jer cucur ni, bulat bulat mcm bola ping pong pulak

    ReplyDelete
  3. ~sukanya tgk cekodok bulat2 comey mcm nii..mkn cicah dgn sos bersama kopi panas mmg sedappp ^_^..nnt nk cuba lah..^__^

    ReplyDelete
  4. maknanya, kena buat bulat2 dulu banyak2, baru panaskan api dan goreng?

    ReplyDelete
  5. Assalam yatie, cantik bulat2 je cucur bilis yatie ni, nampak pun menarik nak mkn walaupun simple.

    ReplyDelete
  6. alololo comey comey cekodok akak... bolat2... klu dpt sambal tumis cicah sedap nih!

    ReplyDelete
  7. wahhhh...cun melecun cokodok akak tu..
    nak buat la nnti...
    guna air panass kan...

    ReplyDelete
  8. alohh comeii nya susur akak, selalu buat, tp tak pnah guna air panas.. nak try jugalaa.. ^_~

    ReplyDelete
  9. hihihi.. saya pun suke yg kita jemput2 guna jari.. resepi biasa2 jer tu n rasanya lebih kurang sama jer dgn yg lain.. tq yatie sudi mcuba..

    ReplyDelete
  10. Dah buat,santik sangat. ..sedap lagi kalau ada cecah,tqvm...dah lama nak tau cara buat bulat ni..

    ReplyDelete
  11. Memang sedap...Saya dan cuba last weekend...Hubby puji sbb garing di luar tapi masih lembut di dalam.

    ReplyDelete
  12. Sy blm Cuba lg nk cubalah

    ReplyDelete
  13. Mmg sedapppppp.tq atas pkongsian

    ReplyDelete
  14. klu wat flu..goreng lmbt smpi tepung jd sejuk..blh ke

    ReplyDelete
  15. klu wat dlu grg lmbt lg...smpi tepung jd sejuk blh ke

    ReplyDelete
  16. air panas tu utk ape ek? utk bagi kembang ke sis?

    ReplyDelete
  17. waaa..nk cuba la..mcm sdp jer..

    ReplyDelete
  18. Dah Cuba. Sedap. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails