Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan semua. Harap anda semua sihat dan ceria2 selalu. Bagi saya alhamdulillah sihat. Hari ni saya sangat gembira kerana tak sangka dapat penghargaan dari blogger terkenal iaitu
Ben Ashaari. Saya terkejut sebab ramai yg singgah dan jadi follower saya hari ni. Biasanya satu hari dlm 2 atau 4 saja, paling ramai pun dlm 8 orng satu hari yg menjadi follower baru. Hari ni tak sangka, dari jumlah follower sblm
blog best ni adalah
812...tiba2 melonjak ke angka
824....begitu pantas. Sekarang follower mencecah ke angka
850...bermakna hari ni, jumlah follower saya bertambah seramai
38 orang...seronoknya.
Ianya menjadi tanda tanya...adakah saya tersalah masuk blog....dlm fikiran terus terfikir ke blog Ben, biasanya Ben mesti ada buat kejutan atau segmen khas para blogger semua....mesti ada sesuatu yg saya tak tahu...alangkah terkejutnya saya bila terbaca ada n3 khas Blog Best 2010....saya baca dan klik
di sini....rupanya blog saya sendiri....syukur alhamdulillah, tak sangka dngn n3 saya hari ini mengenai
GRAND CANYON membuatkan kenangan 2010 saya amat bermakna.
Sungguh saya tak sangka blog masakan yg sempoi2 je ni, menjadi pilihan. Bukan bermakna blog Sinar Kehidupanku adalah yg terbaik di kalangan blog2 yg lain ya. Terdapat banyak lagi blog2 yg terbaik di kalangan blogger2 sekelian. Mungkin kali ini saya
bertuah kerana terpilih sebagai
Blog Best of the Best 2010 by Ben Ashaari (1). Terima kasih Ben dngn penghargaan ini....hari ni buat hari akak sungguh bermakna sekali..sampai sekarang masih tersenyum je tanda gembira, mcm mimpi gitew. Terima kasih juga pada kawan2 semua yg setia singgah ke blog
Sinar Kehidupanku, dan terima kasih juga pada follower2 yg baru....terima kasih kerana menjadi sahabat saya. InsyaAllah saya akan buat kunjungan balas ya...Di Bawah ni saya sertakan sekali link yg di buat oleh Ben petang tadi=30/12/10
Blog Best of the Best 2010 by BEN ASHAARI ( 1 )Serius ... mmg terbaik !! Antara blog yang sudi mengajak aku ke kediamannya waktu tu.. kat mana ? Haa.. nanti korang masuk , korang baca ... Mmg terbaik !!
Sebenarnya , blogger ni pon pencetus semangat kepada minat aku terhadap blog.. Sapa sangka dengan berblog saja , aku dan wife di pelawa ke tempatnya walaupun kosnya amatlah tinggi tapi segalanya ditanggung .. makan dan penginapan ... hahaha...
Terharu aku weh... yelah.. kenal pon tidak. .hanya membaca tulisan saja ... Dan akhirnya aku disini atas semangat semangat mereka ... Hurm... InsyaAllah .. mmg aku teringin nak jejak kaki ke sana nanti.. Walaupun dia sekeluarga dah kembali ke tanah air .. hehee
Nak kenal sapa blogger yang aku maksudkan ?
BLOG BEST OF THE BEST 2010 >
sini