Sunday, December 9, 2012

Pulut Pandan & Serawa Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni layan serawa durian bersama pulut pandan pulak. Rasanya sama je mcm masak serawa durian sebelum ni...cuma kali ni saya tak letak gula merah/  gula melaka..saja je nak makan yg kaler putih..yummyyyy. Pulut tu plk, saya rendam dlm 2 jam, pastu kukus besama air pandan dan santan. Bila dah masak bolehlah di makan bersama serawa durian tu...mudahkan. Hari ni sebenarnya tak berapa sihat, sakit tekak dan selsema...pening semacam je. Jomlah layan gambar yg tak seberapa ni....daaaaa....



Bahan Kuah Serawa Durian
  • 1 biji durian atau lebih
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 cawan air atau secukupnya
  • 1 cwn gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • Secubit garam
 Cara Memasaknya

  1. Satukan durian, air, daun pandan yg di simpul, garam dan gula ke dlm periuk. Masak hingga mendidih  dan sentiasalah di kacau. Guna api sederhana je.
  2. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak lagi hingga mendidih dan pekat.
  3. Bila dah cukup rasa, bolehlah matikan api dan hidangkan bersama pulut pandan tadi.
Bahan Pulut
  • 2 cawan pulut, cuci dan rendam 2 jam, toskan- saya redam bersama sedikit pewarna hijau
  • 1 1/2 cawan santan cair (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • secubit garam/secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak
  • sedikit pewarna hijau
Cara Memasaknya
  1. Panaskan pengukus, sediakan loyang berukuran 8 inci.  Masukkan pulut ke dlm loyang dan tuang santan cair,pewarna, garam dan sedikit minyak. Gaul rata.
  2. Kukus selama 20 minit. Bila dah siap, gembur2kan pulut perlahan2 dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak. Bila dah siap, sejukkan dan bolehlah di makan bersama serawa durian.

11 comments:

  1. I would love it if you would join me in linking up at my weekly Clever Chicks Blog Hop: http://www.the-chicken-chick.com/2012/12/clever-chicks-blog-hop-10-rural.html

    I hope you can make it!
    Cheers,
    Kathy Shea Mormino
    The Chicken Chick

    ReplyDelete
  2. biasanya saya buat pulut takde kaler ja hehe

    ReplyDelete
  3. Kak, nak kukus pulut tu santan kena bubuh sekali je ye?

    ReplyDelete
  4. Kalau kak zan dapat ni, mau tak ingat dunia..lepas tu berangin satu badan!

    ReplyDelete
  5. sedapnye kak yati serawa durian tu.. mai semangkuk kak hihi.. asben atie x makan serawa durian, tu yang tak best, xde geng nak makan..

    ReplyDelete
  6. salam kak Yatie..
    kito munjung cangkem..hehe..munjung gambar lempeng pandan& serawa durian kat blog n fb je..
    apik mabnget pulut ijo pandannya..
    Anak kita yg kecik nitadi dok menyebut pulut lagi, padahal kita dah masakkan sikit pulut masa buat lempeng kita tu..
    tapi nampak menarik betullah kak pulut ijo pandan mu..

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak, rasa mcm nak buat ptg nih juga...kena carik durian nih kang mlm x leh tido

    ReplyDelete
  8. Salaam Yatie...

    Dahlah ada pulut... ada durian lagi... pergh CONFIRMED sedap! Tapi apa yang lagi tak tahan tu... sangat berkenan dengan pinggan dan mangkuk Yatie tu... :)

    ReplyDelete
  9. Salam k.Yatie...
    yummy2...! mmg menyelarakan.......sy penggemar pulut....mmg smua makananan yg berasaskan pulut sy suka....+ lagi makan dgn kuah serawa durian tu...mmg x hengat la mknnya klau dapat.....

    ReplyDelete
  10. Durian ada lagi ni.. boleh lah cuba pulut pandan ni pulak... sedap tengok tu :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails