Wednesday, December 19, 2012

Kek Lapis Coklat Polkadot-Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kek Lapis Coklat Polkadot ni saya buat semalam. Teringin sangat nak buat kek ni, semalam barulah berkesempatan utk buat dan merasa kek yg sedap ni. Sebelum ni nak buat, tapi biskut jejari ni takde, bila dah beli...asyik tak sempat2 je nak buat sampaikan biskut naik lemau dan di buang begitu saja..membazirkan. Kali ni bila dah beli, terus je buat...takmo tangguh2 lagi dah. Cuma saya terlampau nak guna sangat biskut jejari ni, terlebihlah pulak letak, kalau letak/susun jarang2 biskut ni ..pasti lagi cantik. Terpulanglah pada selera masing2 ya.Terima kasih pada K.Fida berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya lat sini pula ya. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba.





Bahan-bahan ( loyang 10x7 inc./9x9 inc. )
  • 270 gm gula halus
  • 230 gm tepung gandum*
  • 30 gm serbuk koko*
  • 1 sudu kecil penuh baking powder* (* ayak bersama)
  • 6 biji telur A - yang sejuk dr peti ais
  • 1 sudu besar penuh ovallete
  • 180 ml susu cair
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 120 gm mentega cair
  • secukup biskut jejari
Cara-cara
  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk mixer kecuali mentega cair dan biskut dan pukul hingga kembang dan pekat.
  2. Masukkan mentega cair dan gaul dengan senduk/spatula hingga sebati.
  3. Bubuh 2-3 senduk adunan ke dalam loyang yang dialas kertas dan digris,ratakan adunan dan susun biskut jejari dan kukus. Kukus 5 minit atau sehingga masak barulah lapiskan adunan seterusnya.
  4. Kukus selapis2 dan susun biskut jejari pada setiap lapisan.Lapisan terakhir, kukus selama 10 minit.
  5. Sejukkan kek di atas redai.
  6. Potong kek dan boleh disajikan atau digubah ikut kreativiti masing2.

17 comments:

  1. wahhhh!! Ada lagi tak???

    Kak Yatie, Wife Prof Ismail tu, cousin saya...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kek dot-dot Kak Yatie, tergoda ni nanti mesti cuba juga hee..

    ReplyDelete
  3. kak.....saya pun teringin nak buat bila tengok kek ni diblog citarasawan....nanti saya follow ye....hehehe

    ReplyDelete
  4. kak yati..sye pon dh try,,mmg sedap...

    ReplyDelete
  5. as-salam kak
    Beautifully done,cake looks awesome...

    ReplyDelete
  6. camne nak susun biskut ye kak yatie.. tergoda pula nak mencuba :D

    ReplyDelete
  7. cantik dan menarik pasti sedap...

    ReplyDelete
  8. Cantiknya Yatie....nampak gebu,pasti sedap ni.
    Psttt.Saya mohon cnp resepi kuih lapis ye.tq

    ReplyDelete
  9. Kombinasi warnany sungguh menawan!

    ReplyDelete
  10. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    ReplyDelete
  11. esok saya cuba buat kek tu,sgt menarik

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails