Wednesday, December 26, 2012

Blueberry Cheese Tart

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Tinggal beberapa hari lagi anak2 nak kembali ke sekolah. Rasanya ramai kawan2 di luar sana sudah mula buat persiapan awal utk kelengkapan sekolah anak2. Kalau macam tu, syukur alhamdulillah. Di samping kita melakukan tugas seharian, jngn lupa tanggungjawab pada anak2. Belilah mana yg perlu, terutama baju sekolah dan peralatan tulis sekolah. Mana yg beg sekolah elok lagi tu, bolehlah cuci dan guna semula. Bertimbangrasalah dngn kedua ibubapa ya anak/adik2 semua. Bila mula sekolah ni macam2 nak beli, kalau boleh tu macam nak raya pulak...semuanya nak baru. Kalau mampu tu tak kisahlah ya...kalau kurang berkemampuan tu..janganlah desak sangat ibubapa utk mendapatkannya. Mungkin bila dah reda semua, barulah beli beg sekolah baru pulak. Saya cakap mcm ni bukannya apa....bayangkan kawan2 yg mepunyai 3atau 4 orang anak yg bersekolah. Sudah tentu besar perbelanjaannya kan. Jadi kita kenalah utamakan mana yg perlu dan yg tidak. Bukan bermakna tak boleh beli beg baru atau kasut sekolah baru. Kalau elok lagi tak payahlah beli dulu. Tunggu pertengahan tahun barulah beli..tapi terpulanglah pada kemampuan masing2 ya.

Ok, kita stop cerita pasal kelengkapan sekolah. Sementara cuti sekolah lagi ni, saya buatlah projek gotong royong blueberry cheese tart ni bersama anak2. Maklumlah, buat tart ni nak kena sabar, jadi saya ajarkan pada anak saya Seri dan Dina buat crust tart, bila dah siap barulah buat fillingnya. Kerja2 melorek tart tu pun saya serahkan juga pada anak dara ni. Bukan main seronok mereka berdua bila cheese tartnya menjadi. Masing2 tunjukkan bakat melorek, haiiiii tak kisahlah asalkan kerja siap. Bagi mama, tengok sambil goyang2 kaki jelahhhh..he3.. Bab tunggu kat oven tu mmng serah pada mamaNyalah.

Ramai kawan2 yg dah mencuba resepi tart yg sedap ni. Resepi ni saya ambil dari Azita Kitchen dan saya rujuk step by step di blog Azlita Masam Manis. Nama pun dekat2 sama kan..cuma orangnya je lain. Btw resepi ni mmng best. Saya buat dua adunan terus...puashati dan puas makan. Pada kawan2 yg belum pernah cuba tu, bolehlah mencubanya...pasti menjadi.
 




 
Bahan-Bahan.
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart
Cara- Caranya
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.

 
Bahan-Bahan
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara- Caranya
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan
  1. Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  2. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Cara buat lorekkan.
  1.  Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  3. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  4. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  5.   Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi  letak dekat rak bawah.
 Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

15 comments:

  1. senang dah kalau anak dara dah boleh membantu, mama leh pejam matalah ya.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan cheese tart....terliur pulak.

    ReplyDelete
  3. Canteeekkk betul kejadian Blueberry cheese tart kak yatie... tambahan pula ada anak dara yg boleh membantu :D

    ReplyDelete
  4. sedapnya....dh lama x buat cheese tart, nmpk buncit2 cheese tu gerammm.....

    ReplyDelete
  5. Cantek,tergoda,adik terliur!!! Owh tidakkkkkkk

    ReplyDelete
  6. sedapnyaa ...cantik kejadiannya.. akk dh lama nk buat tapi xbuat2 lagi...rajin anak dara yatie..senang lh mama nya hehee... zila66

    ReplyDelete
  7. Untung Kak Yatie ada anak2 dara yang rajin membantu. Dah boleh buat berniaga ni.. Nur nak juga order..Boleh ke?

    ReplyDelete
  8. wow banyaknya resipi sedap2 kat sini..best tebgok

    ReplyDelete
  9. aduhhh..memg mabless..tp tgn ni memg x seni nak buat sbb tiap kali buat, tak menjadi..huhu

    ReplyDelete
  10. cantik kak yatie..lama x makan..

    ReplyDelete
  11. semalam saya mmg berangan nak makan cheese tart lagi, tp bila dah malam rasa letihlah pulak nak turun dapur..nampak cheese tart akak sy terus ke sini...memang berangannya pun nak buat dari blog kak Ita juga..
    sedapnya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails