Wednesday, December 5, 2012

Kerapu Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kita tinggalkan kisah anak2 saya yg menyediakan juadah ringkas sempena harijadi mamaNya. Bila di kenang mmng terlalu indah di buatnya. Selama ini mmng mamaNya lah yg sibuk menyediakan itu dan ini sempena hari2 istimewa mereka, kali ni apa salahnya mereka melayan mamaNya spt permaisuri di hati mereka pulak...tak salahkan, selagi orng yg di sayangi masih ada..hargailah....

Ok hari ni mama seperti biasa kenalah ke dapur. Rasa janggal pulak bila satu hari tak ke dapur. Bila dah start ke dapur tu, ada jelah permintaan menu kegemaran anak2 dan suami. Hari ni saya masak ikan kerapu 3 rasa yg semestinya sedap. Bila siap masak je, mcm takmo ambil gambar je...tak sabar rasanya nak makan. Maklumlah lauk mcm nilah menjadi kegemaran saya sekeluarga. Kali ni saya masak 2 ekor ikan yg sederhana, jadi bahan2 rempah kenalah gandakan ya.
Terima kasih Sunkist@my resipi.com berkongsi resepi mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Kawan2 boleh juga guna ikan kegemaran..Selamat Mencuba.



Bahan-bahan
  • Seekor ikan kerapu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 labu bwng besar - dicincang halus
  • 4 tangkai cili merah - dicincang halus 
  • 5 btng cili padi merah - dipotong kecil
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 2 keping nenas dlm tin - di potong dadu
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan 
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit daun ketumbar-hiris halus
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • serbuk kunyit, garam, gula  
  • Air secukupnya jika perlu
  • Minyak
Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat &toskan.Letak dlm piring bersesuaian.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang,goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang besar & goreng lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Masukkan lada merah dan cili padi yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula, garam,  & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar. 
Resepi ni saya dah tambah2 sendiri rencahnya ikut selera sendiri.

16 comments:

  1. aduh Yatie sedapnya nmpak kerabu tu mmg fav disini jugak kalau masak cam gitu mesti berselera ni makan kan

    ReplyDelete
  2. Assalam yatie, kalo rumah akk pun suka sangat lauk2 merah2 mcm ni, mesti sedap ni

    ReplyDelete
  3. salam rindu yatie cayang..hepi belated besday wat adindaku moga sentiasa diberi kesihatan yg baik serta menten cun jelita selalu ye..muaaahh!!

    ReplyDelete
  4. wow...

    kak yatie.. ayu masuk awal pagi. kompom perut ku bebunyi2. auwwww

    ReplyDelete
  5. makanan ni menyebabkan saya lapar...he3x

    ReplyDelete
  6. Salam kak..
    Ina jenguk mintak resipi yer..
    Hi3!!!
    Lama x menyinggah sini.. ;D

    ReplyDelete
  7. Assalam,
    kak saya minta kebenaran copy resepi ini ye..
    terima kasih.,

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...
    Sudah dicuba
    Sedap ☝����

    ReplyDelete
  9. Hari ni nak masak ni. Terima kasih :)

    http://pearlvta.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails