Sunday, December 30, 2012

Bawal Goreng Sambal Terung


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu ringkas je iaitu ikan bawal goreng bersama sambal terung. Bila masak mcm ni mudah je, dah ada ikan dan sayur terung..tak payah nak masak mcm2 lagi sbb dah cukup semuanya. Walau masak ringkas, tapi buatkan saya makan bertambah2 sbb mmng suka lauk mcm ni selain asam pedas. Kalau ada tetamu tu, kenalah masak mcm2 sikit..nnti takut plk tetamu nak makan sbb lauk semacam je..he3..
Walau ringkas, tapi nak kongsikan juga resepinya buat rujukan anak2 di masa akan datang. Meh semak resepi sempoi ni...layannnn...




Bahan-Bahan
  • 2 batang terung biru/panjang
  • 4 ekor ikan bawal-saiz sederhana- bersihkan, cuci dan toskan
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 sudu kecil asam jawa- bancuh dngn 1/4 cwn air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • sedikit kunyit serbuk
  • minyak masak secukupnya
 Bahan Kisar
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 2 sudu besar udang kering- cuci, rendam dan toskan
Cara-Caranya.
  1. Terung, dikupas sedikit kulitnya, potong 3 dan di belah lagi kpd 2 bahagian.Belahkan tengahnya tapi jngn sampai putus. Rendam dalam air yang dimasukkan sedikit garam.
  2. Toskan terung tadi, kemudian goreng sekejap dalam minyak panas dan balik2kan.  Bila dah masak,angkat, tos dan letak atas paper towel. Ketepikan dulu.
  3. Ikan di gaul dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga masak tapi jngn garing sngt. Angkat dan toskan. Letak dlm pinggan berisi terung goreng tadi.
  4. Sementara itu, panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga harum,masukkan cili kisar dan gaul rata. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan air asam jawa dan masak hingga pecah minyak.
  6. Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api.
  7. Angkat sambal tadi dan curahkan di atas terung dan ikan goreng tadi.

2 comments:

  1. Salam Yatie.. Menu nie ringkas ..tapi sungguh menyelerakan..patut la bertambah....hehehe..

    ReplyDelete
  2. Resepi sempoi tapi sedaplah Yatie... cukuplah ta payah lauk lain lagi dah. Happy new year 2013 Tie... senyum selalu!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails