Thursday, December 27, 2012

Nangka Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sedap sesekali layan sayur kampung ni, kena pulak di gandingkan dngn ikan goreng dan sambal belacan...mmng sedap betul. Tak payah lauk macam2...dah cukup menyelerakan. Resepi ni mcm biasa je, tapi nak kongsikan jugalah sbb walau ianya ringkas, tapi kalau tak biasa masak nangka ni..lain rasanya. Kali ni saya guna nangka yg di petik dari pokok..mmng sedap...terasa manis2nya. Jomlah layan menu sempoi ni...layannnnn....



Bahan-Bahan
  • 1 kg nangka muda,bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
  • 3 cwn santan cair
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 btng serai-dititik
  • 1 helai daun kunyit-disiat
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula
  • 1 keping asam gelugor
  • Air secukupnya utk merebus nangka
Bahan Kisar
  • 1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran dan cuci
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 tangkai cili padi
  • 1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
Cara Memasak
  1. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
  2. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yg telah direbus tadi.
  4. Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
  5. Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
  6. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
  7. Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.

6 comments:

  1. Assalamualaikum yatie.. wah..!sedapnya lauk nangka, mmg favorite akak tu..kenalah pulak dgn gengnya ikan kering & sambal belacan, x payah citerlah..! heee..

    ReplyDelete
  2. Salam kenal..

    Berselera betul tengok resipi gulai nangka ni. Teringat saya kalau kat kampung dulu gulai nangka diratah makan tanpa nasi..sedap!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak..sedapnya masak lemak ni..dulu2 masa kat kg selalu gak mak masak ni...bila tgk sini tetiba plak terasa teringin....lagi lawan ngan ikan pekasam/ikan masin tak pun ikan sardine goreng garing2...

    ReplyDelete
  4. Salam kak yatie..
    my feberet too....tp lps mkn siap la..berangin 1 bdn...hehe

    ReplyDelete
  5. mee to.luv this dish.. gud sharin.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails