Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang tadi saya merajinkan diri buat kuih bingka durian. Sebenarnya banyak durian kat petiais, jadi tak tau nak buat apa. Makan gitew je dah puas, sampai takmo daaaaa. Bila tngk kat petiais, sayanglah pulak...mesti nak buat sesuatu. Fikir punya fikir saya pun buatlah kuih bakar/bingka durian. Kali ni saya guna resepi kuih bakar keledek/
labu utk buat bingka durian ni, cuma gantikan keledek/labu pada durian. Bahan2 yg lain semuanya sama..mudahkan. Bila dah siap tu, tak sabar nak merasa. Sambil makan sambil cium bau kuih ni...harum durian menusuk kalbu. Masa bakar kuih tu pun, harum semerbak satu rumah. Pada peminat kuih berperisa durian tu, bolehlah cuba....mmng sedap sangat.Jom semak resepi mudah ni.
Bahan-Bahan
- 3biji telur
- 1 cawan santan pekat
- 2 1/4 cawan air
- 2 cwn tepung gandum
- 3/4 cwn gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar mentega
- 1 1/2 cawan isi durian
- pewarna kuning
sedikit bijan
Cara-Cara
-
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9x9 inci dengan mentega. Ketepikan...
-
Satukan bahan2 diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau
dengan whisk hingga semua bersatu.
- Masukkan isi durian dlm adunan dan gaul rata. Blend semuanya. Tuangkan dlm bekas dan gaul sebati.
- Tuang dalam loyang yang telah
di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak
permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
- Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
**Sebelum tuang adunan dlm loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dngn butter dan panaskan terlebih dahulu dlm 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak.
Yatie guna acuan bahulu pecah 8 utk adunan di atas dan dapat dlm 4 keping kuih.
perghhhhh..mmg terbaekk laa yatie..pos mai kt akak 2 ketui..daap wehh!!
ReplyDeletesalam kak,pingin jugak rasenya nak buat bingka duren..harap2 duren masih boleh runtuh lagi musimnya..
ReplyDeleteassalam k.yatie
ReplyDeletebetul tu kan bau duarian je skrg ni he he kat kg sy lglah dah tak lalu makan durian tp sayang tgk buah terbiar kenalah buat sesuatu ye tak
selain tempoyak lempuk buat kuih2 gini pun okey ..en asben sy antu durian memang sukalah kalu wat bingka ni
minggu lepas sy buat ikut resepi bingka labu k.yati alhamdulillah sedap tp tak sempat nk snap hu hu
Sedap betul binka ni... lembut & lemak. Faeez sempat buat pagi ni. Terima kasih Yatie:)
ReplyDeleteSalam yatie.....
ReplyDeleteSaya suka sgt kuih bingka, kalo bingka durian tu x pernah rasa lg tapi bingka labu....pehhhhhhh, satu bunga tu saya sorang jer bedal....sedapkan.....
belum pernah akak buat lagi tapi bila nampak yg Yatie teringin lah pulak nak makan ni mesti kena rajinkan diri jugak ni
ReplyDelete