Thursday, September 13, 2012

Soto Ayam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ini berakhirlah sudah penantian yg mendebarkan. Syukur alhamdulillah anak saya Seri Irdina telah pun tamat menghadapi UPSR. Bila tanya dari awal tu, nampak gayanya dia ok dan ceria je. Mudah2an Dina mendapat keputusan yg cemerlang. Bukan bermakna dah rehat terus ya, kita sebagai ibu sentiasalah berdoa dan terus berdoa moga rezeki menyebelahi anak kita. Aamiin.

Soto ni menu semalam yg dimakan bersama begedil ayam. Hari ni baru sempat n3,maklumlah busy yg amat. Resepi mcm biasa yg pernah saya buat sebelum ni. Boleh juga lihat diSINI.Pada penggemar soto tu, bolehlah mencubanya. Kalau nak mudah tu, guna je nasi impit segera. Jom semak resepinya.


BAHAN-BAHANNYA
  • Nasi Impit secukupnya
  • 1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2)
  • 3 s/b rempah sup/ rempah soto
  • 1 ketul sup bunjut adabi
  • 1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 6 cwn air atau secukupnya
Bahan Tumis
  • Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih)
  • 2 biji bwng merah- di hiris
  • 2 ulas bwng putih- di hiris
  • 2 btng serai- di titik
  • 2 cm lengkuas- dititik
Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit.
  • 1 mangkuk kecil tauge
  • 1/2 cwn kcng tanah- di goreng
  • 1 paket kecil su'un- di goreng
  • sambal kicap secukupnya
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam dan sedikit gula
CARA-CARANYA
  1. Kisar halus bahan yang bertanda *
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Cara Penyediaan
  1. Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...
Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.

17 comments:

  1. Assalamualaikum Yati :D
    Soto ni mmg Fav Kak Lin...sedapppnya bila dimakan dengan sambal kicap...pasti tak cukup sekali tambah..terliur Kak Lin!

    ReplyDelete
  2. Salam, kat JB senang nak dapat ketupat segera. Selalu kalau balik JB akan neli kat pasar Larkin bawa balik KL.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak yatie...
    hari ni saya masak soto setelah pening memikirkan nk masak ape,itupun nasib baik anak bg idea katanya nk mkn soto dgn cekodok kentang(begedel hihihi)..

    ReplyDelete
  4. Assalam Yatie.. Saya singgah dgn perot yg lapar ni.. Hmm.. Lama betol tak menyoto ni.. Sedap sungguh nampah soto tu.

    ReplyDelete
  5. salam kak yati..klu pergi open house mmg ada soto kan..forever sedappp:)

    ReplyDelete
  6. Asslmkum Kak!
    Haa kan..betul bwt soto..hehehe..Memang sesuai la dgn pegedil yg akak buat tu. Emmm..teringin la pulak..:D

    ReplyDelete
  7. salam, hemmm mmg sdp kemarin sheila pun dah try resepi soto aym Yatie ni..sdp mkn same begedil...tq

    ReplyDelete
  8. peberet ni...
    sedapppnya tengokkk

    ReplyDelete
  9. menu pebret ni kak, yg best tu sbb ada bergedil sekali...perghhh sesangat!!

    ReplyDelete
  10. mmmm..dappp..hee..tiru makan angin la plak..hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete
  11. Assalam yatie..soto ayam memang favourite kat rumah kita..
    kuah soto yang tak pakai santan macam ni yang kita suka..aduhh rasa nak makan soto ler pulak..

    ReplyDelete
  12. Aslmkum Yati.soto...ada sambal kicap dan pegedil mmg enak. kebetulan hari ni sarapan soto ayam juga di rumah.

    ReplyDelete
  13. salam ziarah Kak Yatie...Mudah-mudahan Seri Irdina dapat 5A.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum... salam perkenalan Yati.
    Wow sedapnya soto. Sangat menyelerakan.
    Nanti, saya pun nak cubalah resepinya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails