Tuesday, July 31, 2012

Onde-Onde Labu Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Menu berbuka yg digemari ramai. Biasanya buat onde2 hijau dan onde2 pancawarna, kali ni buat onde2 labu pulak. Sebelum ni buat onde2 keledek, mmng sedap kalau di letak keledek ataupun labu. Bila makan tu taklah liat sangat, anak2 pun suka. Biasanya kalau kuih liat2 ni suami dan anak2 tak suka, saya lagilahhhh...maunya ditenung je kuih tu. Sebab tulah bila buat onde2 ni saya suka campurkan sesuatu bahan supaya lembut dan sedap dimakan. Semua tu ikut selera masing2lah ya, kita buat dia...yg penting laku dan tiada pembaziran berlaku. Pada kawan2 yg nak merasa tu, bolehlah mencubanya...mmng sedap onde2 labu ni, tak payah letak pewarna pun dah cantik kaler kuning asli labu tu..jomlah semak resepinya.



Bahan-Bahan
  • 2 cawan labu- yg telah di kukus dan dilenyek
  • 2 1/4 cawan tepung pulut
  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil2
  • 1/2 biji kelapa - diparut putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
  • Air secukupnya- utk merebus onde2
  • 2 helai daun pandan-di simpulkan
Cara-cara
  1. Lenyek labu yg di rebus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut.
  2. Kemudian masukkan air sedikit2, jika perlu. Saya tak letak air pun.
  3. Seterusnya gaul rata dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
  4. Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka ditengah2nya, tutup dgn kemas dan kepalkan semula menjadi bebola .
  5. Golekkan supaya menjadi sebiji bebola kecil. Buat sehingga adunan habis.
  6. Jerang air dlm periuk bersama daun pandan hingga mendidih. Masukkan bebola tadi kedlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah terapung (maknanya... dah masak la tu..)
  7. Akhir sekali golek2kan diatas parutan kelapa tadi.

11 comments:

  1. memang cun kaler kunennya... terguda!

    ReplyDelete
  2. uihhh sedapnya..ingat ondeh2 biasa cuma kaler dia kuning..rupa2 ondeh2 labu..bleh try gak nie..hehe

    ReplyDelete
  3. wah menarikk la..nak try la nanti

    ReplyDelete
  4. nak cari labuuu.. sedap nyer kuih niii. kk yatie banyak tu, huluq sepinggan ke ampang kaak. hehe

    ReplyDelete
  5. Kak Yati, bestnya onde2 tu nak buat untuk berbuka nanti la, biasa buat guna tepung pulut je. onde2 ni kalau kat umah ni mmg laku

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak yatie, mmg peberet bulan puasa onde2 ni tapi yg ni lg special kan

    ReplyDelete
  7. sedapnye!!! fav dni onde2 nih.. geram menengoknye hehe

    ReplyDelete
  8. sedaaaapnye yatie..meh akak cikun 3 ketui..leh x? hehe..

    ReplyDelete
  9. Slmt berpuasa Yati.onde2 labu mmg sedap.sy pun ada buat minggu lepas tp belum sempat upload di blog.nengok mee udang tomato kat bawah tu...enaknya...

    ReplyDelete
  10. sana sini dok pamer kuih sedap2..mana boleh tahan ni..kat bazar takde punya yg kaler mcm ni, semuanya ijo kan kak...sedapnyerr

    ReplyDelete
  11. salam yatie..atie pon juadah berbuka mkn kuih onde2 gak tp beli jer kat pasar ramadhan 4 ketui.

    dah tinggai berdua....mkn berdua masa berbuka/sahur...cam malas jer nk buat kuih.

    Cuma msk lauk pauk jer..kuih beli.Klu tingin apa2 kuih..br buat :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails