Wednesday, July 25, 2012

Mee Hoon Soto

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mee Hoon Soto ni menu berbuka semalam. Kebetulan saya buat begedil ayam, tu yg buat mee hoon soto sekali. Kalau menu sup mcm ni mmng kegemaran kami sekeluarga. Makan bersama sambal kicap, mmng sedap sangat. Sebenarnya nak masak nasi impit semalam, tapi dah tak sempat, tu yg celur mee hoon dan jadilah mee hoon soto. Kalau makan dngn nasi impit pun sedap juga. Jomlah semak resepi ringkas ni.



Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam- di potong 4, 2 keping bahagian dada di goreng bersama sedikit garam
  • 2 btng serai- di titik
  • 1/2 inci lengkuas- di hiris
  • 2 sudu besar rempah sup adabi
  • 2 sudu besar rempah kurma adabi
  • 1 rempah sup bunjut adabi
  • 1 sudu besar lada putih- ditumbuk halus/lumat
  • minyak utk menumis
  • 6 cawan air atau secukupnya
  • garam dan sedikit gula
Bahan Kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
Bahan Tumis
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang merah di mayang
  • 2 ulas bawang putih di hiris
Cara Memasak.
  1. Bersihkan ayam, potong 4 besar, 2 keping bahagian dada di goreng. Bila dah siap, sejukkan dan di siat2kan. Ketepikan dulu. Sementara ayam yg selebihnya di cincang kecil.
  2. Panaskan periuk dan masukkan 1/2 cwn minyak masak. Tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan2 kisar, kacau sebati dan masukkan serai dan lengkuas.
  3. Masukkan rempah sup dan rempah kurma yg di bancuh dngn sedikit air. Masukkan pula lada putih yg di tumbuk halus. Tumis lagi sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan ayam dan masukkan sekali air secukupnya.
  5. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula. Perasakan.
  6. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama mee yg telah di celur.
Bahan2 Penyediaan Mee Sup
  • 1 bungkus mee hoon- direndam, di celur dan di toskan
  • 1 mangkuk taugeh- buang akar, cuci, celur dan toskan
  • daun sup, daun bawang-cuci, toskan dan dihiris halus
  • bawang goreng.
Cara Penyediaannya.
  1. Masukkan mee yg telah di celur ke dlm mangkuk. Taburkan daging ayam yg di goreng dan disiatkan tadi. Masukkan taugeh dan tuangkan kuah sup.
  2. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Siap dan boleh di makan bersama sambal kicap.
Sambal Kicap
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama mee hoon sup tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.

18 comments:

  1. Yatiiiieee cayaaanggg...waah favourite akak taauu soto2 camni...nak2 dgn pegedil tu ha...issh x terkejar tau tengok menu Yatie ni.. ^__^

    ReplyDelete
  2. asslm Kak Yatie...perghhh sedapnye tgk soto tu...tmbh ngn sambal kicap..terus kecur dbuatnya..

    ReplyDelete
  3. ni menu kegemaran orang Johor.Dapat hirup kuah soto ni..hai sedap:)

    ReplyDelete
  4. Kalau soto tak begedil tak kick....adui rasa nak makan soto la pulak...

    ReplyDelete
  5. samalah dgn family akak.. kalau menu2 sup2 cenggini mmg semua pun suka... sedapnya soto... lagi2 lengkap dgn bergedil tu.. yumyum.. ehh.. puasa da... hehehe...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kak. Order! Nak pegedil lebih ya. Heeeeee

    ReplyDelete
  7. sedapnya soto tu kak...bergedil tu pun nampak elok jer kejadiannya:)

    ReplyDelete
  8. dkna tak makan soto.. hehee. macam rumit jer nak buat nie.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Yati,

    Geram tengok soto dan bergedil tu...dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  10. Nice blog :)
    salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete
  11. Sedapnya....ni mmg fav saya.Kalau makan mee hoon soto,begedil tu kena bubuh lebih2 baru sedap.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails