Tuesday, July 24, 2012

Kuih Tako Ros Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Ini juga antara juadah berbuka puasa yg menjadi kegemaran kami sekeluarga. Hamka yg fanatik sangat warna hijau, jadi suka pulak bila kuih diwarnakan merah ni. Bila puasa ni, semuanya nampak sedap agaknya, tu yg dia tak kisah. Resepi ni mudah je, kalau sebelum ni tako pandan guna tpng jagung, kali ni guna tepung hoen kwee je. Tako jagung pula guna tepung beras dan tepung hoen kwee. Kalau kawan2 teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.




Lapisan Bawah :-
  • 1/2 tiub tepung hoen kwee putih (50gm)
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan air
  • sedikit pewarna merah
  • 2 helai daun pandan-disimpul
  • sedikit perisa rose
  • 4 biji sengkuang cina- kupas kulitnya,cuci dan potong dadu kecil
Lapisan Atas
  • 1/2 tiub tepung hoen kwee putih (50gm)
  • 3 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan- disimpul
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 lapisan bawah dan masak hingga pekat, dlm 10 minit dan hendaklah sentiasa di kacau. Guna api sederhana je. Keluarkan daun pandan tadi.
  2. Masukkan sengkuang cina yg telah di dadu kecil dan gaul sebati. Matikan api.
  3. Sediakan mangkuk2 kecil atau kelongsong pandan dan tuangkan adunan merah hingga 1/2 paras mangkuk kecil atau kelongsong pandan tadi.Ketepikan.
  4. Satukan bahan2 utk lapisan atas dan masak hingga pekat, dlm 10 minit juga. Adunan hendaklah sentiasa di kacau guna whisk ya. Matikan api.
  5. Tuangkan adunan putih ke atas lapisan merah hingga memenuhi mangkuk/kelongsong pandan.Sejukkan
  6. Simpan tako ros di dalam peti ais untuk didinginkan.

10 comments:

  1. salam yatie...bulan puasa atie suka kuih ni.Tp biasanya beli jer..malas nk buat :D
    sbb mkn pon berdua jer..beli 2 ketul..cukup

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan dan selamat berpuasa kak..menarik nampak kuih akak ni.ceria merah putih ni. nak pulak Hamka tukar warna kegemaran hijaunya tu..hehe

    ReplyDelete
  3. ouw..mcam ni ke rupa kuih tako...
    mcam kuih limas yg dalam daun pandan tu ke??

    ReplyDelete
  4. cantik! tak pernah tengok lagi kaler merah. kalau bulan puasa memang kite suke makan kuih ni.

    ReplyDelete
  5. wahh akk merah lg..best pulak tgk color merah ..yummy:)

    ReplyDelete
  6. Sungguh menawan kuih tako ni... Merah menyala.

    ReplyDelete
  7. wahhh...cantik berseri2 kuih tako akak tu..
    mas pun buat kuih ala2 gini gak..
    esok baru nak entrykan...he3

    ReplyDelete
  8. As salam k.Yatie,
    lain plak kaler nya nie...slalu tgk hijau jer...takpe..kelainan skit kan....
    lain2 pun kaler...kalau air tangan akak...sure sedap nie.....:)

    ReplyDelete
  9. Golosi e belli .....bravissima!!!!!!
    ciao a presto ^_^

    ReplyDelete
  10. Setuju..Bln puasa ni semua nampak sedap. Tapi kuih akk tu mmg sedap. Cuma bila merah tu x pnh rasa lagi..Hehehehee

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails