Tuesday, July 3, 2012

Red Velvet Cheezy Marble Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Lama tak bersiaran, rindu rasanya nak kongsikan sesuatu kat blog Sinar Kehidupanku. Sebenarnya kek ni saya buat masa birthday anakanda M.Talhah tempohari. Tuannya takde, tapi adik2 sibuk menyuruh mamaNya buatkan kek. Sebagai mak, manalah sampai hati kalau tak turutkan permintaan anak2..lebih2 lagi bab2 makan ni. Rasa ghalat je kalau tak buatkan, mulalah tarik muka tanda kecewa. Kali ni mama layankan jelah permintaan 3 beradik ni. Harap anakanda Talhah tak terliur ya. Kalau terliur tu, cubalah godek2 dan bakar kek sendiri ya. Mama percaya, mesti menjadi punyer...tak caya....cuba dulu, baru tauuuu..

Ok, kek ni mudah je buatnya, yg penting rasanya mmng sedap sangat. Pada penggemar Cheese mmng suka kek mcm ni. Terima kasih pada Kak Fida kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya. Jom semak bahan2 yg diperlukan.




Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )

Bahan A :-

  • 300 gm gula halus/castor
  • 225 ml minyak sayur/mentega cair
  • 2 biji telur
Bahan B :-
  • 225 g buttermilk/yogurt
  • 3 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka/jus lemon
Bahan C :- (diayak bersama)
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk bicarbonate of soda
Bahan D :-
  • 1 sk esen vanilla
Bahan Cheese :-
  • 250 gm cream cheese (1 buku)
  • 1/4 cawan gula halus/castor
  • 1 biji telur
  • 2 sb susu cair
  • 1/4 sk esen vanilla
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
  2. Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
  3. Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
  4. Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
  5. Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag).
  6. Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
  7. Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau hingga masak.
  8. Sejukkan kek atas redai kuih, potong dan hidangkan.
  9. Jika guna papercup,bubuh 2/3 penuh adunan dan bubuh adunan cheese di atasnya dan lorekkan.
  10. Bakar selama 20 min atau hingga masak.

19 comments:

  1. As'Kum Kak Yatie cayang.. waduuhhh sha ni BW pagi bute ni.. waktu yang ada lapang sikit.. tapi bila datang pagi bute ni jawablah yerk.. manjang ngencesss aje tengok RVCM tu waduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kecurrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  2. Akak ct ada cuba resepi akak.tp ct xpandai nk wak link blog akak kat blog ct..maaf yer..nak kena bjar lg..
    Kek ni nampak sedap leh cuba esok nie kalu ank xmeragam..:)

    ReplyDelete
  3. salam kak yati

    terliur tgk hehe

    ReplyDelete
  4. Asslm kak Yati...gebusssnya red velvet marble berkeju tuuu...

    ReplyDelete
  5. Salam... menarik gak idea wat RV camni... anak anak saya pun pasti suka...terima kasih kongsi resepi

    ReplyDelete
  6. Aslmkum Kak Yatiee Cayang...
    Menggodanyaaa...Nakkkk!!!...(^_^)

    ReplyDelete
  7. Hmmm sedap nyer. Dah lama nak membuatnya tapi sehingga kini belum berkesempatan kerana tak ada orang yang nak menghabiskannya

    ReplyDelete
  8. Wow! sedapnya RV bercheese tu Yatie... untung anak2 mamanya rajin membaking...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikun Yatie cayang!!!

    ahhhh byk sgt menu2 menarik terlepas ....
    nie pun nmpk sedap n menggancam sbb kat rumah nie mmg suka kan cheese dap2x blh cuba jgk..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya kek RV ni kak.. Terliur dibuatnya.. Dah la sedang hujan ni, lapar terus perut ni..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaykumwbh Kak Yatieeeeeeeee....

    alamak, akak menggoda lagi dgn rn yg marbeles ni, Poskan kat ayu sket ye......

    ReplyDelete
  12. nyue singgah sini...sedapnya.....sesuai buat time ry nty :)

    follow blog akak :)

    ReplyDelete
  13. salam...nmpk sgt sdappp...tq sudi berkongsi yea:)

    ReplyDelete
  14. salam kak... skrg nih mmg tgh teringin nak makan red velvet.. nak membuatnyer punyer la malas.... boleh la masuk list resepi akak nih. nampak sedap.. nway epi belated besday wat tolahah.. tak sangka dah jauh merantau rupanya...

    ReplyDelete
  15. Assalam Yatie cayanggg...apa khabar, sihat ke? Rasa rindu nak BW dapur adik2, baru ni sempat...hari ni pun seminar seharian, letiis teramat, lipat kain 2 bakuiiii...huhu... Meh sini sikit RV tu tuk akak..

    ReplyDelete
  16. wah, nmpK sangat sdap.. trasa ngidam kek lh pla mlm2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  17. wah nampak sedap....kebetulah oven pun baru repair smalam, ni boleh cuba nih!

    ReplyDelete
  18. edisi terbaru Rv nampaknya, namoak sedap sbb ada cheese

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails