Wednesday, July 4, 2012

Apam Kacang Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang ni layan kuih apam kacang merahlah pulak. Sebenarnya sambil masak2 tadi saya rebuslah kcng merah ni, dlm hati pun tak tau nak wat apa dngn kcng merah rebus ni. Tetiba dtnglah idea nak buat apam guna kcng merah. Sebelum ni buat apam labu manis, mmng sedap sangat dan masih teringat2 lagi kesedapan dan kelembutan kuih tu. Jadi saya pun buatlah guna resepi yg sama cuma gantikan labu pada kcng merah. Tak sangka mmng sedaplah, Hamka paling suka kuih ni, masa ni dah tak kisah dah kuih warna merah. Lagipun dia suka kacang merah, jadi tak banyak soallah dia. Kalau tak maunya apam kcng merah di suruh letak kaler hijau...adoyaiii sape nak jawab nanti..he3..ok, takmo celoteh panjang,jom kita semak resepinya.




Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang merah-sudah direbus dan toskan
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 200ml air
  • 200ml santan kotak kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh yis- bancuh dngn sedikit air suam dulu pun boleh
  • sedikit pewarna merah
Cara-Caranya
  1. Kisar kacang merah yg telah direbus bersama air.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan lain dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan sekali kcng merah kisar dan gaul sebati. Perap adunan selama 1-2 jam.
  4. Sapukan acuan dengan sedikit minyak.
  5. Tuangkan adunan kedlm acuan dan biarkan 5 minit barulah di kukus.
  6. Kukus selama 15-20 minit menggunakan api sederhana kuat.
  7. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama kelapa parut putih. Makan gitew je pun sedap.

16 comments:

  1. Assallamualailkum kak Yatie..

    Kak, resepi apam kacang merah ni ada 3-4 jenis dlm simpanan Naz tp tak buat2 lg.. Tengok akak nyer ni, teringin nak mengapam lak rasanya.. Tembam2 apam2 akak tu..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap sangat! tak sabo nk cuba...thanks 4 sharing kak Yatie!

    ReplyDelete
  3. wah...resepi baru ni..boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  4. Cantik nya apam kacang merah...warna merah jambu di tambah dgn kelapa parut putih...cantik sangat...sudah pasti sedap ni..

    ReplyDelete
  5. salam yati.. nampak cantik gebu apam tu.

    ReplyDelete
  6. Aduiinaaa yatieee... dah jadi apam kacang merah pulak dah.... mesti sedap tak terkira rasanya nih!

    ReplyDelete
  7. sedap pekena dgn coffee petang2 ni.. :)

    ReplyDelete
  8. masa yatie masak apam ni mesti yatie ingat kat kak ilah kan huhuu ..jeles kak ilah tgok kemain lagi cantik kejadiannya.. nak print simpan duluuuu hehhe

    ReplyDelete
  9. Salam kak...

    tak pernah try lagi apam kacang merah ni, pertama kali dengar. Akak kukus guna steamer trio ke?

    ReplyDelete
  10. waa kak, gebu mulus apem tu...mesti sedapni...terasa2 kat mulut ni haaa..

    ReplyDelete
  11. wooowww... enaknya..!! pesan dong??

    ReplyDelete
  12. Salam.. Kak Yatie, sedapnya melihat apam ni.. Nak satu boleh tak?? hehe..

    Sangat teringin nak buat sendiri.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails