Friday, July 27, 2012

Ikan Siakap Sambal Serai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Selamat berpuasa bagi semua umat Islam, moga hari2 yg kita lalui di bulan ramadhan ini mendapat keberkatan dariNYA. Menu apa ya utk berbuka puasa hari ni? Biasanya saya masak ringkas2 je. Ikan siakap ni lauk semalam sebenarnya. Bila bln puasa ni terpaksalah masukkan menu semalam utk hari ni supaya kita dpt tahu rasanya mcmana, barulah boleh dikongsikan bersama teman2 tersayang. Bila tuan rumah dah kata sedap, barulah boleh cakap sedap...dan kawan2 bolehlah mencubanya kalau teringin. Kalau tak sedap tu, takkanlah nak dikongsikan bersama...marah pulak teman2 nanti. Kadang2 pada kita ok, tapi lain pula selera orang..tu yg susah tu. Jadi pada kawan2 yg nak mencuba pelbagai resepi di blog Sinar Kehidupanku ini, silakanlah ya...resepi mmng utk dikongsi bersama. Jom semak resepi ni.



Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 labu bawang besar- di mayang.
  • 2 batang serai dititik
  • 1/4 cwn jus asam jawa
  • sedikit tpng jagung- utk goreng ikan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun sup-hiris sebagai hiasan
Bahan untuk di kisar:
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 btng serai
  • 1 cawan cili kisar
Cara Menyediakannya
  1. Ikan di bersihkan, cuci dan toskan. Kelar2kan sikit permukaannya.
  2. Lapkan dngn towel kitchen dan lumurkan sedikit garam. Lumurkan pula dngn sedikit tepung jagung dan goreng terendam dlm minyak.
  3. Setelah masak, angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
  4. Panaskan minyak dlm 1/2 cwn dan tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
  6. Masukkan jus asam jawa, garam dan gula...perasakan.
  7. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah matikan api dan siramkan kuahnya ke atas ikan tadi.
  8. Hidangkan bersama dengan nasi putih hangat.

7 comments:

  1. Assalam yatie, kalo siakap bersambal mcm ni laju la kat rumah akk, mmg sedapkan, sungguh menyelerakan nampak ikan siakap tu. Akk pun ikan siakap juga hari ni, tapi tak tau nak msk apa lagi hhuhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yati Cayang;
    Perhhhh Ikan siakap sambal serai...mesti bahunya harum dan rasanya sedap...terliur Kak Lin...

    ReplyDelete
  3. Asslmkum kak Yatie..
    Ikan siakap kalau buat sambal mcm tu mmg sedap.
    Hadoiii!!!..Sabo sue..sabo...Ngeeee

    ReplyDelete
  4. Menyelerakan...belum makan lagi ni.

    ReplyDelete
  5. memang nampak menyelerakan ikan akak ni...kalau saya suka meratah gitu jer..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Yatie cayang...waaah ada ikan kat dapur dia...akak suka...mmg bulan puasa ni akak lebihkan makan ikan untuk family, ayam tu kalau ada pun anak2 jek yg suka...akak ni kurang sikit dah dlm bulan pose...hb pun suka ikan... Tp kalau ikan masak pedas2 merah camni..sure liciin jgk dek anak2 akak...hehe

    ReplyDelete
  7. salam kak yatie....bulan puasa ni belum makan lagi ikan siakap, kena pi cari lepas ni....hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails