Wednesday, August 1, 2012

Soto Madura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan soto madura tak? Masa pertama kali makan soto ni mmng terasa pelik sikit sbb kuahnya lemak kuning tapi ada rasa sup ayam dan makan dngn sambal kicap. Bila dah rasa, perghhhhh...mmng sedap betullah. Kalau tak percaya anda cubalah sendiri, baru tau mcmana rasanya.

Masa Hamka nak makan semalam, klakar dibuatnya. Hamka tanya pada saya, kenapa kuahnya takde sayur2an. Kenapa mama tak bagi Hamka makan sayur? Dalam hal ni tak boleh nak salahkan Hamka. Memang dia tahu biasanya nasi impit makan dngn sayur lodeh, tu yg dia dok tanya..mana sayur2nya. Terpaksalah saya menerangkan padanya, kali ni mama masak nasi impit makan dngn kuah lemak kuning ayam, namanya pun lain iaitu Soto Madura. Makan dngn sambal kicap, taugeh dan ayam goreng yg di siat2 halus. Hamka cuma senyum je, mesti dia fikir mamaNya saje main2 nak sedapkan hatinya. Haihhhhh situlahhh, yg penting bila dia makan dia kata sedapnyaaaa mama masak, nak tambah lagi bolehhhhh....hahhhh itulah yg nak dengar tu.... kan dah kata sedap.

Pada kawan2 yg teringin nak merasa tu, bolehlah mencubanya. Jom semak resepinya.


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 4, (2 keping dada di goreng manakala selebihnya di ptng kecil utk di masak bersama kuah soto)
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula

Bahan di Kisar

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus
Lain2 bahan yang diperlukan :
  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya
Cara Penyediaan.
  1. Goreng 2 keping dada ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  4. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  6. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.
*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan.

15 comments:

  1. sedap nyew..adeii lapo dah..hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak yatie....
    ini soto fav kalau di rumah mimie.
    tapi..kita orang lain sikit stepnya kak yatie.
    kalau mimie, setelah bumbu dah di tumis dah tuang air dan mendidih.masukkan ayam.rebus ayam tu hingga matang.
    baru di goreng. ayam tu lembut je kalau di siat2.
    dan kalau buat step macam ni.. kuah soto tu pun jadi lebih sedap. ada rasa kaldu ayam kak.
    kalau resep ni santannya di skip, enak juga kak.
    kita orang sebut soto kuning yg tak pakai santan ni soto padang....
    hihihihi.... mengajar kak yatie pulak mimie ni.

    selamat berpuasa kak yatie.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yatie n mimie..saya pun buat step macam mimie..ikut resipe ibu saya...sama saja macam resipe yati cuma ibu saya tambah buah keras..tapi aruah bapa saya (dan kami sekeluarga) kalau nak makan soto madura ni dia suka makan dgn nasi putih dan cili nya hanya cili merah atau cili api ditumbuk dgn garam saja tidak mengunakan kicap..tapi yg pasti bawang goreng n hirisan daun sup bawang mesti ada...kalau tidak tak umpppp :)

      Delete
  3. Yatiiieeeee....bestnya soto....akak selalu makan tp x penah buat lagi taaauu...hehee, kelakar kan..selalu sgt jamuan kat ofis order soto je..tu la pasaiii...hehe

    ReplyDelete
  4. Ermmmmmmmm menyelerakan..
    Dapnyerrrrrrrrr!!

    ReplyDelete
  5. salam yatie...
    rasa mcm pernah mkn.. tp org bagi... memang sedap.. rajinnyer yatie buat soto...

    ReplyDelete
  6. Salam selamat bepuasa tuan rumah...hem mmg npk selera betu tu....bebuka gan long tu dah kenyang kan...masuk list...

    ReplyDelete
  7. Asslmkum kak!
    Tak pernah makan soto madura. Nampak sangat sedap la kak. Agak2 mkn dgn pegedil lg sedap ni kan..Hee

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Yati Syg!
    Wahhh! Kalau Kak Lin pekena soto madura ni dengan sambal kicap, sure mak mertua lalu kat belakang tak nampak! hahaha baik punya menantu!

    ReplyDelete
  9. aslmkum yatie.. soto yg mabeles ni.. suke rasa lemak2 berempahnya tu.. nak kene buat jugak la nampak gayanya..

    ReplyDelete
  10. Yatie.... tak mau masak, tapi nak makan yang Yatie masak he he he ehhhh...kalau Yatie dah kata sedap, memang nak dicuba juga nih!

    ReplyDelete
  11. ni family nekcik punyer peberet..cuma nekcik masuk terus ayam sampai empok..tak payah siat siat

    ReplyDelete
  12. salam kak,
    saya memang tak pernah makan soto madura, tengok macam best je..

    ReplyDelete
  13. suka sangat makan soto..
    lagi2 kalau yang banyak lauk (:

    ReplyDelete
  14. Ella tak penah makan Soto Madura, Yatie. Sedap ye?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails