Friday, August 5, 2011

Cucur Tauhu Sedap

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Petang tadi saya buat cucur tauhu resepi dari Kak Liza. Tak sangka, sedap dan lembut betullah cucur tauhu ni. Selalu buat kuih manis je, kali ni saya buat cucur...anak2 bukan main suka lagi, kena pulak di makan bersama sos kegemaran..walaweiiiii sedap betul. Terima kasih pada Kak Liza kerana berkongsi resepi yg mudah dan sedap ni. Resepi ni saya kopipes dari buku Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza resepi tauhu dan telur. Saya suka resepi dari Kak Liza ni, kebanyakkannya menjadi dan yg paling penting sedap. Kalau kawan2 nak tau rasanya tu, cubalah sendiri ya..mmng berbaloi, anak2 saya dah minta buatkan lagi utk menu berbuka puasa esok...hehehehe sedap sangatlah tuuu...jom kita semak bahan2 yg di perlukan. Sedap ni makan sambil tengok tv......



Bahan-Bahan

  • 3 keping tauhu
  • 200 gm udang (dibuang kulit)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (di cincang)
  • 2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang)
  • 2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak)
  • 2 cwn air- tuang sikit2
  • garam secukup rasa
  • 2 cwn minyak masak utk mengoreng cucur
  • Sos cili (sebagai pencecah)
Cara Membuat
  1. Tauhu dan udang dipotong kecil.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
  4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
** Tepung naik sendiri boleh di gantikan dngn tepung gandum yg di campurkan dngn 1 sudu kecil baking powder.
** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu.

24 comments:

  1. Assalamualaikum Yati...

    Tengok Resepi Dan Gambar Mmg Sedap Nampaknya Cucur Tahu Ni...

    ReplyDelete
  2. sedapnya...huhu terliur tgk lg sejam baru nk buka ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak yatie...
    nampak pun dah tau sedap tu akak... anak2 mmg suka nie kan akak.. makan ngan sos.. mmg sedaaap

    ReplyDelete
  4. Tauhu ada lagi..esok bleh cuba ni...Nampak sedap betul...Tapi, kalau dah namanya cucur..kompem sedap...

    ReplyDelete
  5. salam Yatie..lam esbok ada tauhu lg,leh try cucur nie..

    ReplyDelete
  6. salam kak yatie, akak guna tahu yg keras ke lembut eh? nmpk sedap dan mudah. sedap nih!

    ReplyDelete
  7. salam kak yati.. soalan ita pun sama dengan As.. tauhu lembut ke kak.. puasa2 ni cucur2 ni laku gak ita dengan suami

    ReplyDelete
  8. Salam kak yatie!! sedapnyerrr! lama tak mkn cucur apa2 cucur pun hihihi...sedap pulak tgk! masuk list! cucur ni kalau mkn panas2 mmg tak hingat kalau makan! :D selmat berpuasa buat akak n family!!!

    ReplyDelete
  9. soalan sama jugak yang di atas.. dah terliyr dah ni. cucur ni garing diluar lembut kat dlam ke kak yatie.. sila jawab soalan tuuu..sila laa sila la.. karang majuk karang.. ngehehe..

    tadi tengok kat kongsi resepi..dlm hati terpikir resepi siapa la ni, rupanya dari blog kak yatie.. hehee

    ReplyDelete
  10. Salam..kak Yatie,dr kecik lagi sy mmg suka cucur tahu ni..apalah lagi panas2...yummy:)

    ReplyDelete
  11. aslmkum yatie.. menu mcm ni mmg tak pernah jemu.. lum samapi turn lagi ni..

    ReplyDelete
  12. cicah ngan sos sedapp tu kak..

    ReplyDelete
  13. Assalam yatie, kalau cucurlah kan tak kiralah cucur apa mesti kita tak tolak..sedap nampknya ni yatie..memang sesuai buat berbuka puasa..

    ReplyDelete
  14. @LinRosly
    wkmsalam, mmng sedap dan lembut je kak cucur ni..satu kelainan letak tauhu..cubalah..

    ReplyDelete
  15. @Lelord
    mmng sedap, kalau teringin tu bolehlah cuba..berbaloi tawww..

    ReplyDelete
  16. @Diana @ Melley Mey
    wkmsalam, mmng sedap cucur ni..lepas buka sambil tngk tv lagi best..makan dngn sos kegemaran...fuhhhh sedap tul..cubalah..

    ReplyDelete
  17. @ibh
    kalau mcm tu bolehlah buat..mmng sedap cucur ni..

    ReplyDelete
  18. @♥♥azatiesayang ♥♥
    wkmsalam, bolehlah cuba..mmng kompem sedap sangat..

    ReplyDelete
  19. @Asmara
    wkmsalam, akak guna tauhu yg keras tapi taklah keras sangat...cubalah mmng sedap cucur ni..

    ReplyDelete
  20. @Juwita Jamaludin
    wkmsalam, akak guna tauhu keras tapi taklah keras sangat..kira lembut gak..kat sini ada saiz besar dan kecik..kira tauhu yg kita nak buat tauhu sumbat tulah...cubalah mmng laku punyerrrr..

    ReplyDelete
  21. @ijayuji
    wkmsalam, mmng sedap layan cucur ni panas2..mmng tak sedar dah makan berketul2...slmt berpuasa gak buat Ika sekeluarga...

    ReplyDelete
  22. @izahdautok akak jawab gak gara2 Izah punya pasal ni...alalalal jngn majuk2 eehhh..mmng pandai Izah teka tu..garing di luar dan lembut di dlm..cubalah mmng sedap sangat...akak ambek resepi ni kat buku K.Liza..mmng best..

    ReplyDelete
  23. pernah plak wat cucur tauhu. nak terai nih! tengs!

    ReplyDelete
  24. salam Ramadhan Yatie.. Teringin gak nak buat tapi kat sini tak jumpa la tauhu pulak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails