Thursday, July 28, 2011

Ayam Lada Hitam Berampai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak ringkas2 je. Kalau masak lauk mcm ni mmng laku punya. Anak2 mmng suka ayam yg ada kicap dan lada hitam ni. Masakan ni tak berapa pedas, jadi mmng sesuai utk anak2. Saya pula mmng suka kalau masakan di campur lada benggala, rasa harum je dan sungguh menyelerakan. Hari ni takleh pot pet panjang, jom kita semak resepinya yg mudah ni.


Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung, di bancuh dngn 1/2 cwn air
  • 1 sudu besar lada hitam , di tumbuk
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumis (mayangkan/hiriskan)
  • 5 biji bawang merah/kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan Hiasan- di hiris2
  • 1/4 biji lada benggala hijau
  • 1/4 biji lada benggala kuning
  • 1/4 biji lada benggala merah
  • 1 labu bawang besar
Cara Menyediakannya
  1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil, bersihkan dan toskan.
  2. Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam yg di perap tadi dan gorengkan sehingga separuh masak.
  5. Masukkan ketiga2 jenis lada benggala dan bawang besar... gaul lagi.
  6. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul sebati.
  7. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa tak perlu tambah garam dan gula. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk kegemaran.

17 comments:

  1. sedapnya k.yatie.....td teringat nak masak ayam masak merah, tp kalo ganti resepi ni best jgk kan..hehe

    ReplyDelete
  2. waaaa.... boleh tempah dulu ni... masuk list tuk menu buka posa... hehe

    adoiii... lapar perut...

    ReplyDelete
  3. Salam Yatie

    sedap nampak ayam style ni..kalo masak kak rumah ai, ai think sure laku...

    ReplyDelete
  4. Yatie...setuju sgt tu...kalau masak cam ni lagi cepat habis dari gulai2 kan...anak2 kak cek pun suka menu cam ni...masak daging cam ni pun sedap kan...emmmm...lapola pulak pepagi dah tgk lauk sedap Yatie ni..he he ..:)

    ReplyDelete
  5. Salam Yatie...amboiii pagi2 tayang lauk ayam berampai...akak suka masak2 camni...akak book dulu msuk list berbuka untuk anak2 nnt lah..hehe

    ReplyDelete
  6. menyelerakan betoi la nengok ayam tu kak....

    ReplyDelete
  7. wahhh...menyelerakan betoi la ayam tu kak....
    nak seketoiii....

    ReplyDelete
  8. salam adik manisss
    mai kita tukar nak tak dgn talam nangka ? kak dah buat malam tadi dah abisss..tak leh tukar laa.. nak rasa ayam tu yatie...pos laju tauuu.. talam tu mmg lembut...manis2 buah..

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Yatie... lamanyer tak lepak dapo akak..he he samalah menu kita.. suker makan lauk2 n macam2 ader dalam tu.. he he he makan ngan nasi panas2 sedap...

    ReplyDelete
  10. Salam..Kecurrr sudah bila tgk drumstik yang tergolek2 itewwwwww...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikumwbh Kak Yatie.....
    Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii betol menguuda dgn posing drumstick tu......satu lauk ni pun kalu mcm ni dah tak nak lauk lain kak.....:)

    ReplyDelete
  12. wow sedapnye~~ terliur nih hehe ptg2 tgk blog masakan x thn punyeee

    ReplyDelete
  13. salam kak kena masuk list la semua menu2 ni untuk bulam ramadan nanti tak la pening nak masak untuk juadah berbuka

    ReplyDelete
  14. Assalam yatie..acik ambik resepi ye..
    klau masakan yangn ada lada hitam ni memang acik suka.

    ReplyDelete
  15. mmg pun anak2 SL pun buat mcm ni...tp kena tambah kuah byk2.

    ReplyDelete
  16. Boleh meleleh air liur ayam ni... hu hu hu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails