Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebenarnya hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran anak sulung saya
Mohamad Talhah bin Mohd Khata yg ke 19 thn. Syukur alhamdulillah kerana tahun ini kami sekeluarga dapat berkumpul bersama meraikan ulangtahunnya. Sebelum ni kami berjauhan kerana tanggungjawab yg perlu di laksanakan. Walaupun terpisah selama
3 thn, kami di beri kesempatan lagi utk bersama berkumpul dan mejalani kehidupan seperti biasa dngn penuh kesyukuran, ketakwaan dan keharmonian. Moga kami sekeluarga sentiasa di berkati dan di rahmati.
Masa berlalu begitu pantas, kini anak saya sudah remaja. Masih terbayang2 lagi saat melahirkannya 19 thn yg lalu. Saat melahirkan, membesarkan dan mendidiknya penuh dngn kesabaran. Saya paling tak boleh lupa bila masa kecik2 tu, Talhah tak suka tutup lampu bila nak tidur. Kadang2 tu sampai pkl 3 pagi, barulah saya boleh tutup lampu. Bila tutup tu pun..kdng2 dia tersedar balik dari tidurnya...wallaaaahhhhh...tidurlah saya dlm terang.
Bayangkanlah betapa silaunya.....manalah boleh tidurkan. Kdng2 tu bila siang saya balas baliklah nak tidur sekejap sbb terlalu mengantuk bila berjaga malam. Lagi sekali saya di uji....Talhah tak bagi saya tutup mata....dia tak bagi mamaNya tidur. Dia kata dia takde kwn....Saya pun cakaplah, Mama tak tidur, mama cuma tutup mata jeee... Mula2 tu oklah, dpt juga melelapkan mata. Bila esok lusa dia dah tahu daaaa..Dia kata, mama bukan tutup mata/kejam jek..mama tidur sebenarnya. Dia kata kalau mama tutup mata je, mesti sekejap...ini lama...tu yg dah kantoi daaa. Dia tahu mamaNya tidur. Kadang tu sampai mata saya di korek2nya supaya buka. Dia mmng tak suka tngk mamaNya tidur. Pelik kan....
Ada satu kisah lagi, Talhah suka naik kereta masa kecik2. Kalau malam nak tidur je, mesti kena pusing/ ronda2 dulu. Bila dah tertidur tu, barulah dia dpt tidur dngn lena. Pernah satu malam tu, Talhah menangis je tengah2 malam, puas pujuk tapi takmo diam. Biasanya kalau dia tak sihat barulah dia menangis malam. Tapi kali ni lain sikit, pujuk punya pujuk takmo diam juga. Suami saya pun bawa Talhah masuk dlm kereta....ya ampuuunnnn Talhah terus diam dan tersenyum. Dia pegang stering kereta tanda suruh jalankan kereta. Sejak hari tu, dah tau..mesti satu hari kena ronda2 dulu. Kalau tak..abeslah melalak malam2.
Bila kenang2kan masa lalu mmng mencuit hati dan membuatkan kita tersenyum jek. Alhamdulillah bila Talhah dah besar, dia menjadi anak yg baik, yg mendengar kata dan banyak mengalah. Masa sekolah rendah tu, tiap balik sekolah je Talhah belikan mamaNya kuih donut atau kuih apam yg di jual kat sekolah. Saya tanya, kenapa bawa balik dan tak di makan masa rehat. Dia kata teringat mama kat rumah. Talhah tahu mama suka sangat makan kuih. Hai..anak2, gembira dan terharu di buatnya. Sampai skrng, kalau balik dari asrama, mesti dia belikan kuih utk mamaNya. Itulah Talhah dulu, kini dan akan datang. Saya cerita ni bukannya apa, cuma sekadar berkongsi pengalaman. Kita sebagai emak, mestilah terharu bila anak buat macam ni...walaupun ianya sekadar kuih muih yg tak seberapa harganya, tapi saya amat2 menghargainya. Dari situ dah menunjukkan betapa kasihnya dia pada kita.
Hingga kini, bila saya cerita kisah2 lama je, dia menitiskan airmatanya. Dia sedih kerana membuat mamaNya sedih dan penat,tapi itu kisah masa kecik2lah. Syukur sangat2 sbb Talhah banyak mengembirakan dan membanggakan ayah dan ibunya sekarang. Moga Talhah akan terus kekal dngn tingkahlakunya yg menyenangkan dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 19 thn (29-6)buat anak kesayangan saya Mohamad Talhah bin Mohd Khata. Moga di panjangkan usia, di murahkan rezeki, di berikan kesihatan yg baik, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagia dan membanggakan ayah dan ibu serta berjaya di dunia dan di akhirat. Moga segala apa yg di cita2kan menjadi kenyataan dan di berkati. Pesanan mama,jagalah diri dan maruahmu walau di mana saja kamu berada. Taat perintah Allah, hormat kedua orang tuamu, hormati juga orng lebih dewasa dan hormati jua kita sesama insan....kelak dirimu selamat di dunia dan di akhirat. Aminn. Sesungguhnya mama, abah dan adik2 amat menyayangimu Mohamad Talhah.
* maaf ya, saya nak letak sekali gambar anak saya, tapi dari tak boleh nak upload...