Friday, April 1, 2011

Marble Chocolate Banana Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Masih lagi menu yg berkaitan dngn pisang. Kali ni saya buat Marble Chocolate Banana Cake. Memang sedap kek ni, lembut, gebu dan moist je...yg pastinya ianya tak muak. Resepi asal adalah dari Chef Zubaidah dan saya C&P dari Izah. Ramai juga kawan2 yg sudah mencubanya, antaranya Nieza dan Ita...yg lain saya tak berapa ingat. Pada peminat kek pisang tu, bolehlah mencuba resepi yg mudah dan sedap ni. Terima kasih pada penyumbang resepi.




Bahan-Bahan
  • 250 gm pisang dilecek
  • 250 gm tepung kek * saya guna tpng gandum ayak 3 kali
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 200 gm gula castor
  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovellette
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 50 gm fresh milk atau susu cair
  • 90 gm minyak
  • 1 sudu besar choc emulco
  • 1 sudu kecil esen pisang
Cara- Cara
  1. Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
  2. Panaskan oven 170C.
  3. Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
  4. Satukan semua bahan dalam mixer kecuali: minyak, choc emulco, pisang, esen pisang dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu.
  5. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
  6. Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  8. 1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
  9. Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang.
  10. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
  11. Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.

11 comments:

  1. Assalamualaikum akak...
    Akaaaak... hari nie tgk lagi kek nie ... wah!!! nie x boleh jadi nie... kena try juga nmpknya nnt... tersgt sangat mengoda ler kek nie... nak sepotong ler akak... hehehee

    ReplyDelete
  2. as-salam kak
    wahh..cantik marble chocolate banana kek,
    nampak belang2nye tu..

    ReplyDelete
  3. wahh dah sampai dapur akak dah kek ni...memang sedap gebus dan moist kek ni mkn pun tak jemu...haha ni nk rasa yg akak wat lak nampak mcm lagi sedap coklat byk tu...tapau 3 ketoi yer kak..hehe

    ReplyDelete
  4. Assalam kak,cantik lah belang2 kek akak nih,wah baru nmpak kat umah kak izah,skang kat umah kak lak,msti sedap kan..Meh nak rasa ckit kak,ngee..

    ReplyDelete
  5. nampak gebu je kek akak ni...amat2 menyelerakan...
    teringin nak buat..ptg ni kena cari pisang ni...

    ReplyDelete
  6. wah..akak pun buat kek pisang...meh kita tukar2 nak tak...
    cantik la kek pisang akak tu...

    ReplyDelete
  7. Nak tanya Yati beli loyang tu kat mana? Silicon atau tin ?

    ReplyDelete
  8. waduh! ni mmg kene masuk list...mmg nmpk gebu dan soft jer...

    ReplyDelete
  9. Assalam yatie,
    cantik marble pattern kek tu...pisang & chocolate memanglah ngam kan..acuan pun cantik ..berat kan acuan ni?..

    ReplyDelete
  10. salam kak yatie, gebu...cantik~! bolehlah try nanti ada beberapa biji pisang tak dimakan budak2 ni :)

    ReplyDelete
  11. assalam yatie...nampak cam sedap je...cantik pun ye gak...teringin gak nak cuba tapi tak de pisang lagi la...huhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails