Tuesday, June 21, 2011

Marble Chocolate Banana Cake 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pagi ni saya nak kongsikan bersama kwn2 semua kek pisang coklat yg sangat sedap. Saya dah pernah buat kek pisang sebelum ni. Kali ni saya cuma marble pada 2 lapisan saja...yg penting rasanya tetap sama..SEDAP..Terima kasih pada Chef Zubaidah kerana berkongsi resepi yg sedap ni, kawan2 juga boleh lihat resepi kek pisang yg saya buat sebelum ini DI SINI. Jom kita semak resepinya sekali lagi.



Bahan-Bahan
  • 250 gm pisang dilecek
  • 250 gm tepung kek * saya guna tpng gandum ayak 3 kali
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 200 gm gula castor
  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar ovellette
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 50 gm fresh milk atau susu cair
  • 90 gm minyak
  • 1 sudu besar choc emulco
  • 1 sudu kecil esen pisang
Cara- Cara
  1. Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
  2. Panaskan oven 170C.
  3. Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
  4. Satukan semua bahan dalam mixer kecuali: minyak, choc emulco, pisang, esen pisang dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu.
  5. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
  6. Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  8. 1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
  9. Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang.
  10. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
  11. Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.

15 comments:

  1. slm k'Yati...nak mintak kek brg seketui dua...hari ni ida lum buat kek lagi..tak buat kut..sedapnyer

    ReplyDelete
  2. akak..gebunya kek pisang tu...
    pisang ada lagi ni...
    hmm....klu rajin....nak buat gak la kek pisang tu...

    ReplyDelete
  3. ramainya hari ini wat kek pisang..minggu pisang sedunia kot...

    ReplyDelete
  4. wahh ni memang gebu ni kak yatie tengok kiraan telur je pun dah tahu. akak saya pun entry kek pisang juge ni.. hehehe

    ReplyDelete
  5. wah..harini ramai yg ngekek yer...mintak 2 potong kak..hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnyer kak.. tun mmg suka mkn kek pisang, tambah pulak bila ada coklat.. mmg x ingat dunia laa bila makn. hihi

    ReplyDelete
  7. kek ni mmg sedap tak jemu makan...

    Yatie malam tadi kita mimpi awak... hehe kelakor.. ni mesti dah lama tak jumpa kan?? ingat lagi dulu2 yatie selalu cerita mimpi yatie kat ita...

    ReplyDelete
  8. mmmm gebus.. sedap..wangi tu bau pisang...he he he aderke lagi? hehe

    ReplyDelete
  9. wow! sedap...xlah boring si pisang tu ya? ada teman en.coklat mmg suka kek..

    ReplyDelete
  10. salam k.yatiee..rindunya.lama xdtg sini.zla dtg nak amik resepi kuih seri muka akak ni:)..tq in advance resepi tu :)

    ReplyDelete
  11. nampak gebu lah yatie..nampak sedap jugak tu..nak buat jugak lah nanti..

    ReplyDelete
  12. sedapnya kek tu kak..nampak gebus jer...bila nk merajinkan diri ni buat kek ni yer...hehe

    ReplyDelete
  13. Nak Kak.. Nak... Boleh laaa... Mesti best rasa pisang dan coklat..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails