Thursday, June 16, 2011

Sup Ayam Ala2 Mamak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak sup ayam ala2 mamak. Resepi ni saya kopipes dari K.Liza. Hari ni terasa letih sangat, so saya masak sup ayam ni dan buat sambal kicap. Bila sup mcm ni tak perlulah masak sayur lagi, tambah kentang, carrot dan celery. Anak2 mmng suka lauk2 mcm ni...jadi senanglah tugas saya hari ni. Sebenarnya saya tak berapa sihat, makan ubat batuk dan selsema...itu yg membuatkan badan ni letih dan malas semacam je. Smlm saya dah pergi klinik lagi, doktor tukar ubat yg baru...nampaknya ubat tu serasi dngn saya...skrng dah tak batuk lagi. Sesuai sangatlah hari ni nak makan sup je.
Oklah jom kita lihat resepinya. Terima kasih pada K.Liza kerana berjongsi resepi yg mudah dan sedap ni.



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 2 s/b minyak makan
  • 3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
  • 4 biji kentang [belah 4]
  • 1 batang carrot [potong kecil]
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
  • 5 cawan air
  • 1 baang serai [ketukkan]
  • garam
  • bawang goreng
bahan tumbuk
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sm halia
  • 1 s/k lada hitam
bahan rempah tumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buak pelaga
Cara
  1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
  3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
  4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
  5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
  6. Tutup api dan angkat.
  7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

8 comments:

  1. assalam yatie,
    amie pun time kurg sihat suka masak sup saja, lada putih tu yg buat kita berpeluh & rasa segar semula...

    ReplyDelete
  2. Assalam kak yatie,owh akak xchat eks,bykkan minum air 0 kak,rehat n jaga diri leklok ya kak..Btw,sup tuh nmpak menyelerakan sgt,xyah wat sayur dah pon ok kan..

    ReplyDelete
  3. salam yatie adik manisss.. oooo tak sihat rupanya .. kak dan abg tgah sakit tekak ni wpun tak pernah demam dah 2 tahun dah niii.... tak tahu kenapa yatie...? pelik juga...

    ReplyDelete
  4. akak..nak semangkuk..
    sedappnya tengok sup ayam memalam gini..

    ReplyDelete
  5. bak smangkuk yatie nk hirup srupppp...kak kay minat gak sup camni especially masa nk kebahkan demam rempah ratus dia psti keluarkan peluh & yg paling kkay ske sup ekor, mabeles ler isi ekor tu lembut jer.

    ReplyDelete
  6. sedapnya kalau dpt hirup kuah sup ni...slurppp..hehe btw semoga kak yatie cepat sembuh yer...take care:)

    ReplyDelete
  7. Salam Yatie ... Hani minta izin copy and paste receipe ni. Kebetulan kat rumah ada belen rempah kurma so bolehlah gunakan untuk masak sup ni. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  8. kak..ira pun nak tumpang sekaki juga

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails